Tuesday, August 16, 2016

Anak muda harap KPN bantu jayakan himpunan #TangkapMO1

 FMT| August 16, 2016
Kerana undang-undang untuk kepentingan rakyat, bukan digunakan untuk menjaga kepentingan politik pihak tertentu.
tangkapMO1KUALA LUMPUR: Gerakan Anak Muda Demi Malaysia (Demi Malaysia) berharap Ketua Polis Negara membantu memudahkan penganjuran himpunan #TangkapMO1 27 Ogos depan.
Jurucakapnya, Amir Abd Hadi berkata undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bukan hujah untuk menghalang rakyat menunjuk perasaan, kerana hak berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk pengetahuan Ketua Polis Negara, APA 2012 digubal khas untuk membenarkan himpunan-himpunan aman dan bukannya untuk menghalang himpunan aman,” katanya dalam sidang media di Restoran Amjal, hari ini.
Demi Malaysia merupakan perkumpulan yang terdiri daripada aktivis siswa, badan bukan kerajaan, ahli profesional dan pimpinan parti politik. Ditubuhkan tahun lepas, gerakan ini bertanggungjawab menganjurkan himpunan #TangkapNajib 1 Ogos tahun lalu.

#TangkapMO1 dirancang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tunjuk perasaan ini merupakan respon kepada inisiatif Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan tuntutan sivil untuk merampas aset-aset yang “terlibat dalam atau boleh dikesan kepada komplot antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
Tuntutan DoJ itu menamakan beberapa individu, termasuk seorang pegawai yang digelar Malaysian Official 1 (MO1). Demi Malaysia mahu pihak berkuasa individu berkenaan dikenalpasti, dan kemudian diharapkan ke muka pengadilan.

Maka sidang media hari ini menyeru polis supaya bekerjasama dengan penganjur memastikan tunjuk perasaan berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini.
“Kita minta polis jangan buli mahasiswa,” kata Mandeep Singh Karpal Singh, seorang aktivis Demi Malaysia. “Polis harus belajar daripada himpunan Bersih 4 yang dilihat berjaya.”
“Polis harus bantu dari segi keselamatan dan sebagainya. Himpunan 27 Ogos saya yakin akan berjalan aman. Bantulah menjaga kesesakan lalu lintas,” tambahnya.

Selain ibu negara, #TangkapMO1 juga akan diadakan di Johor (13 Ogos) dan Sabah (27 Ogos). Menurut jurucakapnya, Anis Syafiqah Md Yusof, himpunan di Johor Bahru nanti merupakan acara pemanas menuju perhimpunan kemuncak di ibu negara dan Sabah. Demi Malaysia turut menyusun acara ceramah di Kelantan (13 Ogos) dan Perak (20 Ogos), diikuti Pulau Pinang, Pahang dan Kedah. Himpunan serentak ala flash mob di seluruh negara dirancang untuk 19 Ogos nanti.

Sementara itu, Ahmad Syukri Razab daripada Angkatan Muda Keadilan PKR merasa kecewa dengan sikap pimpinan politik yang “perlahan” menyokong himpunan mereka.
“Setakat ini hanya Ketua Polis Negara yang sering memberikan respon kepada hasrat himpunan ini. Justeru, Demi Malaysia menyeru semua pihak supaya lebih agresif menyokong perhimpunan #TangkapMO1 ini,” katanya.
Selain himpunan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini, acara sama bagi mendesak tindakan pada “Malaysian Official 1” akan turut diadakan di Johor dan Sabah. 

Kumpulan belia yang memperkenalkan diri sebagai “Gabungan #TangkapMO1” berkata perhimpunan di Kota Kinabalu akan diadakan sama dengan acara di Kuala Lumpur pada 27 Ogos. 

Manakala di Johor Bahru pula, menurut mereka, akan berlangsung lebih awal pada 13 Ogos “sebagai kempen menuju perhimpunan kemuncak”.
Menyasarkan jumlah besar, jurucakap penganjur Anis Syafiqah Md Yusof berkata pihaknya telah menyusun beberapa siri ceramah bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu berkaitan 1MDB. 

Ia, katanya, termasuk ceramah di Kelantan pada 13 Ogos, di Petak pada 20 Ogos, diikuti tempat-tempat lain seperti Pulau Pinang, Pahang dan Kedah.

No comments:

Post a Comment