Monday, August 1, 2016

Azmin puji keterbukaan Guan Eng batal pilihanraya

 | July 31, 2016
Beliau berkata, keputusan itu juga menyerlahkan semangat muafakat dalam Pakatan Harapan.
azmin-lim-guan-eng-1
KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membatalkan hasrat mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang toleran dan terbuka, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, keputusan itu juga menyerlahkan semangat muafakat dalam Pakatan Harapan.

“Saya faham ia keputusan sukar. Dengan mengutamakan semangat muafakat, Guan Eng memberikan kepimpinan yang amat diperlukan bagi membangunkan kesatuan pembangkang menjelang PRU ke-14.
“Saya yakin keputusan ini diterima bukan sahaja oleh warga Pulau Pinang, tetapi semua rakyat Malaysia,” kata Menteri Besar Selangor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan tidak akan meneruskan rancangan itu kerana tidak mendapat persetujuan daripada PKR.

Dalam sidang media di Komtar tengah hari tadi, keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pemimpin tertinggi PKR yang meluahkan kerisauan kehilangan banyak kerusi jika ia diteruskan.
Isu tersebut berlarutan ekoran ketegasan PKR untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, sehingga mencetuskan pertikaman lidah secara terbuka antara pemimpin kedua-dua parti itu.

No comments:

Post a Comment