Wakil rakyat DAP berkata Malaysia perlu mencontohi
negara jiran Singapura yang mengenakan tambang pengangkutan awam itu
yang jauh lebih murah.
PETALING
JAYA: Keengganan kerajaan Malaysia menampung perbelanjaan bagi
pembinaan infrastruktur pengangkutan awam menyebabkan kos tambang yang
dikenakan terhadap pengguna di negara ini mahal.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata keadaan itu berbeza
dengan Singapura yang mendanai pembinaan aset pengangkutan awam seperti
landasan kereta api sementara SMRT memberikan perkhidmatan kepada
rakyat.
“Tidak realistik untuk mengharapkan operator pengangkutan awam
membina landasan LRT yang kosnya sangat tinggi. Biasanya kos ditanggung
kerajaan sementara operator membiayai kos operasi.
“Salah satu alasan utama kerajaan Malaysia tidak berbuat demikian
ialah kerana kedudukan bajetnya yang defisit sejak 1998,” katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Kian Ming berkata beban hutang yang tinggi serta kegagalan Prasarana
meraih keuntungan juga antara punca sistem pengangkutan awam di Malaysia
ketinggalan jauh berbanding Singapura.
Katanya, sejak Prasana mengambil alih aset STAR dan Aliran Putra, syarikat itu hanya mencatatkan keuntungan pada 1999 dan 2000.
Kian Ming berkata sebagai contoh tambang dari Stesen MRT Pasir Ris ke
stesen terawal di bandaraya itu, hanya SG$2 sementara tambang LRT dari
Stesen Gombak ke Stesen Putra Height, RM6.20.
“Jadi kenapa tambang LRT di negara ini lebih tinggi hingga tiga kali ganda?
“Sepanjang 17 tahun beroperasi, Prasarana hanya berjaya merekodkan
keuntungan sebanyak dua kali, malah, rekod kerugian tertinggi dicatatkan
syarikat itu RM885.6 juta pada 2014,” katanya.
Beliau berkata kegagalan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
menyelaraskan tambang pengangkutan awam turut menyumbang kepada
kelemahan itu.
“Kali terakhir tambang pengangkutan awam dikaji semula 15 tahun lalu,
malah tiada sebarang penjelasan serta mekanisme penetapan harga tambang
diberikan,” katanya.
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
ReplyDelete