Sunday, August 21, 2016

Ku Nan: Keluarga saya mungkin diculik, jika isytihar harta

 | August 21, 2016
Tengku Adnan tidak akan membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada rakyat kerana ia mungkin menjadikan keluarganya sebagai sasaran penjenayah.
ku-nan-kaya
PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bimbang keluarganya mungkin menjadi sasaran penjenayah jika beliau mengisytiharkan harta kepada rakyat.

“Saya tidak akan isytihar kepada orang ramai kerana saya dahulu adalah seorang ahli perniagaan. Saya ada banyak aset.
“Saya tidak akan isytihar apa yang saya ada, kerana jika saya berbuat demikian, saya bimbang anak-anak atau isteri saya mungkin diculik. Semua benda boleh berlaku. Perompak boleh sasarkan kami,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau sudah membuat pengisytiharan tahunan kepada perdana menteri manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz membuat pengisytiharan aset kepada ketua setiausaha negara.

Jumaat lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggesa Tengku Adnan dan Mhd Amin Nordin mengisytiharkan aset mereka kepada rakyat.
Ia susulan kenyataan setiausaha agung Umno itu yang setiap jabatan di bawah kementeriannya diarahkan meneliti semula pengisytiharan harta pegawai bagi membendung gejala rasuah.
“Budak dari PKR itu suruh saya isytihar, saya rasa ada sesuatu tidak kena dalam kepalanya. Kami, menteri dan semua pegawai kanan perlu isytihar (aset kami),” katanya yang dipetik Malaysiakini.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang pegawai tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergelar ‘Datuk Seri’ selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Dia disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi kesalahan rasuah serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

4 comments:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete
  2. Persoalannya di sini, berapa ramai jutawan di malaysia , keluarganya telah di culik..? Jawapan yang cukup bijak tapi tak boleh diterima walau budak tadika

    ReplyDelete
  3. Persoalannya di sini, berapa ramai jutawan di malaysia , keluarganya telah di culik..? Jawapan yang cukup bijak tapi tak boleh diterima walau budak tadika

    ReplyDelete
  4. Persoalannya di sini, berapa ramai jutawan di malaysia , keluarganya telah di culik..? Jawapan yang cukup bijak tapi tak boleh diterima walau budak tadika

    ReplyDelete