Saturday, August 13, 2016

Najib kecewa Dr M subahat dengan musuh politik

 | August 12, 2016
Najib berkata, pemimpin veteran itu sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada hakikat beliau gagal mencapai matlamatnya menumbangkan kerajaan BN.
Najib-MahathirPETALING JAYA: Beliau mungkin tidak menyebut nama bekas pemimpin itu, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan ketara menyuarakan kekecewaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk bersubahat dengan musuh politik.

“Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya (pemimpin itu) dahulu.

“Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan hari ini,” kata perdana menteri menerusi rakaman audio terbaharu di laman www.najibrazak.com.

Presiden Umno itu berkata, pemimpin veteran itu sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada hakikat beliau gagal mencapai matlamatnya bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
“Bagi mempertahankan egonya, beliau sering melontar pelbagai tohmahan terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, tetapi apa yang dikatakan itu berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan.
Najib berkata, tiada bezanya kepimpinan beliau dan pemimpin dahulu kerana kedua-duanya tidak terlepas daripada tohmahan.

“Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya pada zaman beliau berkuasa?
“Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, pembangunan diteruskan.
“Negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengannya, menuduh beliau pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak,” katanya.

Namun, di sebalik serangan demi serangan itu, Najib berikrar akan meneruskan tanggungjawab dan tugasnya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete