Tuesday, August 9, 2016

NOW bidas PAC enggan buka semula siasatan 1MDB

 FMT| August 9, 2016
Buka semula siasatan 1MDB untuk elak percanggahan dengan laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Akmal-Nasir_1mdb_600
PETALING JAYA: Keengganan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuka semula kertas siasatan 1MDB walaupun menerima bantahan daripada Tony Pua, dilihat sebagai tindakan menyokong kerajaan.

Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir, berkata sebagai sebuah badan yang neutral, PAC seharusnya mendengar permintaan Pua, yang turut menganggotai PAC.
“PAC sepatutnya menjadi ketua antara kedua-dua pihak. Tetapi apabila keputusan itu dibuat, ia seolah-olah menunjukkan PAC menjadi alat untuk menyokong tindakan kerajaan.

“Saya agak terkilan apabila pandangan Pua langsung tidak didengar, kerana itu bukan tuduhan, sebaliknya beliau hanya meminta untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB,” kata Akmal kepada FMT.
Semalam, Pua meninggalkan mesyuarat PAC selepas permintaannya ditolak pengerusinya, Datuk Hasan Arifin.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP itu mahu mendapatkan penjelasan berhubung laporan terbaharu Wall Street Journal yang menyatakan Good Star Limited adalah milik ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho.
Pua juga mahu membuka semula laporan siasatan 1MDB berdasarkan laporan DoJ yang mendakwa “Malaysian Official 1” (MO1) memasukkan AS$681 juta ke dalam akaun peribadi MO1.

Pua turut menggesa PAC menyiasat dakwaan SRC International mengambil RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
Akmal berkata keputusan PAC tidak membuka semula kertas siasatan 1MDB adalah tidak wajar.

“Siasatan 1MDB dibentangkan April lalu, Tetapi pada Julai lalu, DoJ menemui sesuatu yang berbeza. Secara, logiknya, PAC perlu menilai dari sudut DoJ,” katanya.

Sementara itu, Presiden Transparency International – Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata tuntutan Pua itu adalah wajar.
“Ini bagi memastikan ketelusan dalam siasatan. Kita harap kes 1MDB ini dapat diselesaikan dengan segera kerana jika dibiarkan, keadaan akan bertambah rumit,” katanya.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete