FMT |
August 13, 2016
Selain jumlah anak watan dalam operasi Petronas di Sarawak ditambah, Adenan juga mahu royalti minyak dinaikkan melebihi 5%.
KUCHING: Permit pekerja Petronas dari luar Sarawak akan dibatalkan, jika syarikat itu enggan menambah bilangan anak watan yang berkhidmat dalam operasi di negeri berkenaan.
Ketua menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, pembekuan permit kerja yang dilaksanakan ketika ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kutipan royalti minyak dan gas di Sarawak.
Adenan yang pertama kali mengulas isu pemberhentian 13 pekerja Sarawak oleh Petronas, bertegas mahu jumlah anak watan dalam operasi syarikat itu di Sarawak ditambah.
“Kami sentiasa tekankan rakyat Sarawak perlu diberikan keutamaan. Langkah seterusnya ialah kami akan membatalkan permit kerja yang sudah dikeluarkan dan digantikan pekerja kami sendiri.
Pegawai dari Petronas akan menemui Douglas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada Isnin bagi membincangkan isu pengambilan pekerja syarikat itu.
Pada 4 Ogos lalu, Kumpulan Suarah Petroleum (SPG) mengecam tindakan Petronas memansuhkan 29 jawatan tetap sehingga menyebabkan 13 anak tempatan berpengalaman diberhentikan.
Ia disusuli pembekuan permohonan permit kerja baharu untuk pekerja dari luar Sarawak yang berkuat kuasa serta-merta yang diumumkan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Douglas Uggah Embas pada Isnin lalu, bagi memastikan Petronas berlaku adil kepada anak watan.
Selasa lalu, Petronas dalam satu kenyataan berkata, ia menjangkakan majoriti pekerja yang diperlukan untuk memenuhi permintaan tenaga kerja baharunya terdiri daripada rakyat Sarawak, tetapi beberapa jawatan dijangka diisi pekerja berpengalaman yang mungkin merangkumi rakyat negeri lain.
Keesokannya, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mencadangkan kerajaan negeri menarik balik permit pekerja pengurusan tertinggi dan pertengahan Petronas di negeri itu, bagi mencapai sasaran 70% anak watan di peringkat terbabit.
“Henti beri alasan dan ambil langkah segera membetulkan komposisi kakitangan yang berat sebelah dalam operasi Petronas di Sarawak,” katanya.
Awal bulan ini, Chong mengkritik dasar pengambilan pekerja Petronas di Sarawak kerana kurang 39% jawatan pengurusan dan 46% jawatan pengurusan pertengahan dalam operasi di Sarawak diisi anak watan
Mendakwa Petronas menangguh janji dua
tahun lalu, Chien Jen berkata sudah sampai masanya Ketua Menteri
menunjukkan kepentingan rakyat Sarawak didahulukan.
No comments:
Post a Comment