Thursday, August 4, 2016

Siasat Azwan kerana buat laporan palsu - Gerakan

 "Selaras dengan Seksyen 182 Kanun Keseksaan, polis perlu menyiasatnya (Khairul Azwan) kerana membuat laporan palsu.
"Saya tidak berkata beliau bersalah, tetapi pasti ada kes (untuk disiasat)," kata Yong ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Naib ketua pemuda Umno itu  minggu lalu membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Ahktar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan juga bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, laporan Khairul Azwan itu berdasarkan andaian dan tidak mewajarkan siasatan lanjut.

Beliau juga dilaporkan berkata Khairul tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu.
Yong, yang juga adalah seorang peguam berkata, polis perlu menyiasat Khairul Azwan atau tidak, ini akan "membuka pintu" kepada lebih banyak laporan polis yang tidak berasas.

Menurutnya, orang ramai akan mula membuat laporan palsu terhadap satu sama lain kerana menyangka tidak ada kesan jika mereka berbuat demikian
Malaysiakini 3/8/16

No comments:

Post a Comment