Lazimnya
kalau seseorang itu berdepan masalah dalam kehidupannya, pelbagai cara
akan dilakukan untuk mengembalikan keyakinan diri dan erti sebenar untuk
terus hidup.
Contohnya pergi bercuti ke tempat yang menjadi impian untuk dikunjungi bersama orang yang tersayang atau seorang diri.
Tetapi, berikutan kecewa dengan kehidupan yang dialaminya, lelaki
berasal dari United Kingdom sanggup seorang diri pergi ke kawasan
pergunungan Swiss untuk menikmati kehidupan sebagai seekor kambing.
Justeru, dia mendapatkan sepasang kaki kambing dan usus kambing buatan manusia yang boleh menghadam rumput hijau untuk dirinya.
Lelaki yang dimaksudkan itu bernama Thomas Thwaites, sebelum itu dia
menetap di London, berdepan masalah pengangguran dan masalah peribadi
serta bosan dengan kehidupan di bandaraya.
Suatu hari dia mendapati anjing yang dibela oleh rakannya kelihatan
sungguh ceria, dan keadaan tersebut membuatkannya teringin menjadi
haiwan. Pelik, kan?
Setelah memikirkan ia secara mendalam, Thomas Thwaites akhirnya memilih untuk menjadi seekor kambing.
Bagi menyesuaikan diri dengan tabiat makan rumput seperti kambing, dia memasang usus buatan manusia di bahagian pinggangnya.
Pelbagai cabaran dialaminya ketika hidup sebagai kambing, contoh seperti
sering terjatuh ketika merangkak bersama kumpulan kambing, dan
sebagainya.
Selain itu, kewujudannya tidak diterima oleh sekumpulan kambing dan
menganggap dia sebagai spesis asing, malah ada yang cuba menyerangnya.
Namun, akhirnya seekor kambing kelihatan mengekorinya ke mana saja dan cuba menyentuhnya melalui hidungnya.
Menurut seorang pengembala kambing, tindakan kambing tersebut menandakan
Thomas Thwaites telah diterima sebagai spesis mereka. Thomas Thwaites
rasa terharu dengan apa yang terjadi.
Kehidupan menjadi kambing beri inspirasi
kepada Thomas Thwaites bahawa manusia wajar belajar daripada kambing
dalam usaha menjalani kehidupan dengan lebih relaks, ini kerana kambing
didapati lebih tahu menikmati kehidupan daripada manusia. Apa pendapat
anda?
Setelah beberapa lama baru diterima sebagai kambing kerana baunya dah sebati setelah berminggu2 tak mandi seperti kambing.
ReplyDelete