CHENNAI - INDIA. Seorang gadis 11 tahun yang melarikan diri dari rumah
kelas pertengahan di mana dia terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah di
selatan India memberitahu penyiasat dia disuruh berhenti sekolah dan
dijual dengan hanya $15 (RM62) oleh keluarganya.
Selepas dia melarikan diri dari rumah Tambaram berhampiran bandar
pelabuhan Chennai, gadis itu memberitahu pegawai jawatankuasa kebajikan
kanak-kanak dia dikerah untuk bekerja di dua rumah sepanjang masa, hanya
diberikan sedikit makanan dan tidak dibayar atau dibenarkan meneruskan
persekolahnnya.
"Dia memanjat dinding sekitar empat pagi dan meminta bantuan pengayuh beca untuk menyelamatkan diri.
"Gadis itu berada di rumah kanak-kanak. Siasatan awal menunjukkan dia
telah dieksploitasi, kekurangan makanan dan tidak dibenarkan keluar,"
kata ahli jawatankuasa kebajikan kanak-kanak tempatan, Zaheeruddin
Mohamed, dipetik Reuters.
Data jenayah yang dikeluarkan oleh kerajaan India pada Ogos menunjukkan
lebih daripada 40 peratus daripada kes penyeludupan manusia pada tahun
2015 melibatkan kanak-kanak dibeli, dijual dan diekspolotasi sebagai
hamba zaman moden.
Angka menunjukkan peningkatan 25 peratus dalam kes-kes pemerdangan
orang di India pada tahun 2015 dengan 43 peratus daripada 9,127 mangsa
dibawah umur 18 tahun.
Jenayah termasuk mendorong gadis muda dengan niat untuk seks, membeli
atau menjual wanita untuk pelacuran, dan menjaga kanak-kanak sebagai
hamba.
Dalam kenyataan kepada jawatankuasa itu, gadis berusia 11 tahun itu
berkata, dia tinggal dengan datuk dan nenek di kampung mereka di
Thiruvarur Tamil Nadu, hampir 300 km dari lokasi dia telah dibawa untuk
bekerja dan hanya belajar di gred tujuh.
Ibu bapa gadis itu turut mengabaikan kebajikannya.
"Gadis itu memberitahu, dia telah dijual kepada seorang kenalan ibunya
yang menyuruhkan membuat kerja sebagai pembantu rumah di rumahnya serta
rumah mertuanya," kata Zaheeruddin.
Individu yang 'membeli' gadis itu mengendalikan agensi pelancongan dan
mendaftarkan kanak-kanak itu sebagai hilang selepas dia melarikan diri.
Jawatankuasa itu berkata, mereka akan memfailkan aduan rasmi kepada polis terhadap individu bertanggungjawab.
"Gadis itu menjadi murung apabila disebut mengenai individu yang membelinya itu dan berasa sangat takut," katanya.
Menurut kenyataan yang dirakamkan, gadis itu telah dijual dengan hanya $15 (RM62).
No comments:
Post a Comment