"Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada
tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar
55%?" jawabnya.
PETALING
JAYA : Rakyat dan parti politik tertentu digesa berhenti menyebarkan
maklumat salah atau menakut-nakutkan pelbagai pihak kerana ia akan
menjejaskan keyakinan pelabur dan pengguna terhadap ekonomi negara.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengibaratkan tindakan itu mensabotaj ekonomi negara.
“Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab tidak sepatutnya berkongsi
atau menyebarkan maklumat mengelirukan atau propaganda seperti itu,”
katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Beliau mengulas mengenai beberapa mesej berkaitan ekonomi negara yang
tersebar luas menerusi aplikasi Whatsapp sejak kebelakangan ini, dan
menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
Mengulas lanjut, Pengarah Komunikasi Strategik BN mendakwa secara
amnya pelan transformasi kerajaan menampakkan hasil memberangsangkan,
melihat kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Semua rakyat Malaysia sepatutnya memberi tumpuan terhadap kejayaan
sedemikian dalam kita mengharungi ketidaktentuan keadaan global ketika
ini,” katanya.
Mengulas mesej yang tersebar itu, Abdul Rahman berkata kebanyakan
mesej berkenaan berkisar nisbah hutang semasa negara berbanding Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 53.4% sehingga 30 Jun lalu.
Nisbah itu menunjukkan tanggungan hutang kerajaan berbanding KDNK, jelasnya.
“Sebahagian besar daripada kebimbangan dan dakwaan menyebut, nisbah
itu kononnya terlalu hampir dengan had 55% yang ditetapkan Kerajaan BN,
dan Malaysia akan menghadapi masalah jika had itu dilangkaui.
“Malah, sesetengah mesej tidak bertanggungjawab yang disebarkan
mendakwa Malaysia akan bankrap jika kita melepasi had 55% ini,” katanya.
Menyanggah dakwaan itu, menteri menjelaskan nisbah semasa 53.4% bagi
hutang berbanding KDNK masih lagi terkawal walaupun lebih tinggi
berbanding tahun 2007 pada kadar 40.1%.
“Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan kadar antara tahun
1980 hingga 1985 apabila nisbah hutang berbanding KDNK melonjak daripada
44.0% kepada 103.4% dan kekal di tahap melebihi 55% sehingga tahun
1994.
“Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985,
bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 55%?” jawabnya.
No comments:
Post a Comment