30/9/16
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'menyelar' tindakan
ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim yang memanggil
pemain JDT II lebih awal ke kem latihan.
"Baru-baru ini kecoh apabila pemain JDT II dipanggil balik. Ini
kerana saya mahu mengajar FAM agar mula mengikuti peraturan yang
ditetapkan oleh FIFA dan negara-negara bola sepak yang maju di luar
negara.
"Mereka mahukan pemain berlatih lebih lama untuk lebih persiapan di
bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Jika diletakkan pemain berlatih
empat bulan dalam skuad kebangsaan sekali pun, mereka tetap akan bermain
'stail' itu juga," katanya dalam kenyataan di Facebook JDT, petang
tadi.
Terdahulu,
tiga pemain JDT II iaitu Darren Lok, Irfan Fazail dan Zaquan Adha Abd
Radzak menyertai kem latihan skuad kebangsaan tiba-tiba diarahkan pulang oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Pemilik JDT itu berkata, ia susulan kualiti dan tahap yang ada pada Kim Swee.
"Sekiranya ada jurulatih antarabangsa yang ada rekod dan kejayaan,
saya boleh benarkan pemain saya pergi untuk berapa lama sekalipun kerana
saya tahu mereka boleh belajar.
"Tetapi sekiranya dengan Datuk Ong Kim Swee, pemain saya tidak akan
dapat belajar dengan lebih lagi kerana beliau bukannya dilantik
berpandukan prestasi tetapi kerana sikap pilih kasih oleh exco-exco FAM
dan berkongsi gaji," kata Tunku Ismail.
Beliau enggan mengulas lanjut perkara itu kerana mengetahui pada tahun hadapan, khidmat Kim Swee tidak akan ada lagi.
"Pemain saya akan melapor diri empat hari sebelum perlawanan. Muktamad," tegasnya.
No comments:
Post a Comment