Saturday, September 10, 2016

Pengasas Umno Gelang Patah umum keluar parti

 | September 10, 2016
Datuk Baharom Abdul Ghani ialah bekas Adun Tanjung Kupang, bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas exco kerajaan negeri Johor.
VIDEO INSIDE
umno_out1
PETALING JAYA: Pengerusi Tetap Umno Bahagian Gelang Patah, Johor Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keluar parti, secara tiba-tiba ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat perwakilan bahagian itu pagi tadi.
Baharom ialah bekas Adun Tanjung Kupang, bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas exco kerajaan negeri Johor.

Beliau turut memuat naik status memaklumkan keputusannya meninggalkan parti Melayu itu di laman Facebook miliknya, dan ramai rakannya menyokong keputusan itu.

“Umno Bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan sebagai Adun 1995-2004… ku isytihar keluar daripada menjadi ahli semasa berucap sebagai pengerusi tetap di mesyuarat perwakilan Umno Gelang Patah 10 September 2016,” tulisnya di Facebook.

Dalam satu klip video ucapannya pagi tadi, Baharom berkata beliau tidak pernah seinci pun berganjak dalam perjuangan Umno meskipun parti dilanda krisis, sejak bahagian itu ditubuhkan pada 1994.
“Sebab itu, Umno Gelang Patah ini amat dekat dengan saya. Tetapi pada hari ini, akibat daripada keadaan sedang berlaku, parti kita hari ini sudah menjadi parti yang pada pandangan saya, Umno sudah berada dalam keadaan yang tak tahu saya nak sebut apa,” katanya kepada perwakilan.

Baharom mendakwa ini berlaku kerana sebahagian besar kepimpinan Umno yang ada sekarang tidak menerima kenyataan sebenar akibat daripada krisis dihadapi Umno.
Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah hari ini dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Difahamkan, Baharom ialah salah seorang daripada kumpulan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendesak Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meletak jawata

No comments:

Post a Comment