Saturday, September 24, 2016

Saya paling sesuai ubah bola sepak negara, kata TMJ

24/9/16

Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan beliau adalah orang paling sesuai untuk mengubah bola sepak tanah air.
"Bukan mahu cakap besar, tetapi saya tahu saya mempunyai formula dan formula itu telah berjaya dalam JDT," katanya berterus terang.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, sekiranya beliau mengambil alih skuad kebangsaan, (pemain) pasti boleh lakukan perkara yang sama seperti mana JDT tetapi bukanlah terus menang.

"Anda kena tahu, secara realistiknya banyak kelemahan dalam FAM untuk tempoh 30 tahun, jadi sekiranya saya ambil alih pun sekurang-kurangnya saya memerlukan empat tahun untuk mengubahnya.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh lakukan kerana komitmen saya adalah di sini (Johor). Apa yang boleh saya lakukan adalah membantu memberikan pandangan," katanya pada sesi dialog bersama TMJ seperti kenyataan di Facebook rasmi JDT, hari ini.

Mungkin masih berbelah bahagi mengenai jawatan presiden FAM, beliau menjelaskan walaupun tahu perubahan yang boleh dilakukan tetapi sebaliknya pada masa sama juga beliau tidak mahu (lakukan).
"Setiap kali bila ditanya berkaitan (hasrat) menjadi Presiden FAM saya macam 50/50.
"Fokus saya masih di sini (JDT), kerana banyak lagi tugasan saya yang belum selesai seperti belum lagi layak ke pentas saingan ACL, stadium baru dan akademi baru juga masih belum siap.

"Hanya penyokong JDT sahaja yang menghargai perubahan yang saya buat. Tetapi orang lain yang rasa macam dah pandai sangat, terutama dalam laman web ‘lain-lain’.
"Saya rasa kenapa tidak lantik mereka sahaja untuk menguruskan pasukan bola sepak tanah air, kenapa perlu saya pulak?" soal Tunku Ismail.

Menceritakan pengalamannya, TMJ berkata, beliau pernah pasukan kebangsaan bermain Piala AFF Suzuki di Singapura dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memintanya masuk ke bilik persalinan untuk memberi semangat dan menaikkan motivasi pemain.

"Saya kemudiannya pergi ke bilik persalinan itu, tetapi saya tidak tahu nak cakap apa. Di Johor, saya tahu apa yang nak dicakapkan dan saya tahu bagaimana nak naikkan semangat pemain.
"Ini kerana kasih sayang saya terhadap negeri saya, termasuklah pemain-pemain yang memakai baju JDT dan kami berada di dalam satu organisasi yang dianggap seperti keluarga," jelasnya.

Tambah Tunku Ismail, dengan pasukan kebangsaan beliau tidak tahu apa mahu diberitahu (cakap) dan kebanyakannya bukan pemain JDT.
"Saya boleh memberi motivasi untuk mengingatkan agar menjadi pemain profesional tetapi saya rasa itu tidak kena kerana ia tidak datang daripada hati, ia datang daripada mulut saya.

"Saya lebih suka apa yang saya sampaikan datang daripada hati saya.
"Untuk membantu FAM, kemungkinan adalah sukar. Tetapi untuk memberikan pendapat, visi serta polisi untuk mempertingkatkan mutu bola sepak dan memperbaiki bola sepak tanah air dalam segala aspek, Insya-Allah," katanya.
Malaysiakini

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete