Monday, September 5, 2016

Sultan Johor reda tidak dapat tunai haji

Sinar Harian
Sultan Johor reda tidak dapat tunai haji
Sultan Ibrahim turut mengiringi keberangkatan Raja Zarith Sofiah dan Tunku Tun Aminah.
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar reda tidak dapat menunaikan haji  pada musim ibadah berkenaan kali ini kerana baru menjalani rawatan angioplasty.

“Saya sesungguhnya ingin bersama mereka, saya reda menerima ketentuan Allah SWT, bahawasanya hanya DIA sahaja Yang Maha Mengetahui.
“‘Mereka membuat rancangan dan ALLAH juga membuat rancangan, dan ALLAH adalah sebaik-baik pengatur rancangan’ (ayat 30, Surah Al-Anfal, Kitab Suci Al-Quran).

“Saya berdoa agar isteri dan anak-anak saya serta rombongan mereka akan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan selamat di sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Tanah Suci.
“Moga Allah menerima ibadah haji mereka,” titah baginda dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, pada tahun 1985, baginda bersama isteri telah menunaikan ibadah haji bersama-sama.
“Tahun ini, setelah kemangkatan anakanda kami, Almarhum Tunku Laksamana, saya dan keluarga telah bercadang untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 5 September (hari ini) supaya salah seorang daripada ahli jemaah rombongan kami dapat menunaikan ibadah haji bagi almarhum anakanda saya.

“Kami juga telah memutuskan bahawa beberapa orang pegawai kerajaan negeri dan petugas istana turut serta mengiringi kami.
“Namun, setelah menjalani prosedur ‘angioplasty’ empat hari lalu, doktor-doktor yang merawat saya telah menasihatkan saya agar tidak berangkat mengerjakan ibadah haji kerana ia bukan sahaja membabitkan perjalanan yang jauh, namun juga pelbagai cabaran fizikal yang lain,” katanya.

Titah baginda lagi,  keluarganya dan ahli-ahli rombongan tidak mahu meneruskan hasrat untuk ke tanah suci tanpa dirinya, namun, ia adalah menjadi hasrat baginda agar mereka menyempurnakan perancangan tersebut.
“Saya mahu para pegawai kerajaan negeri tersebut dan petugas saya berpeluang menunaikan ibadah Haji kerana mereka mungkin tidak berpeluang berbuat demikian pada masa yang lain,” titahnya.

Baginda berharap semua yang akan mengerjakan ibadah haji tahun ini selamat dan haji diterima oleh yang maha Esa.
“Kepada Muslimin dan Muslimat, saya mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha,” titahnya.

Terdahulu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idrish bersama Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah berangkat ke tanah suci hari ini untuk menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima.

Rombongan keluarga Diraja Johor itu turut disertai Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut yang akan melakukan ibadah badal haji untuk Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete