18/10/16 Malaysiakini
Meskipun sidang Dewan Rakyat masih berlarutan, Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dilihat meninggalkan persidangan
hari ini.
Beliau hanya berdiam diri ketika diajukan soalan mengenai usul
persendiriannya yang telah diturunkan ke senarai nombor tujuh dalam
kertas perintah bagi sesi terakhir Parlimen tahun ini.
Malah anggota parlimen Marang itu juga hanya tersenyum ketika diminta
mengulas mengenai perkara berkenaan sebelum kereta yang dinaikinya
meninggalkan Dewan Rakyat.
Hari ini, usul kontroversi 'hudud' Abdul Hadi telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah.
Usul bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada
senarai nombor empat semalam kepada nombor tujuh hari ini.
Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.
Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.
Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.
Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.
Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada
Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak Jumaat ini.
Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua
hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.
Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi adalah hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.
Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas
arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi.
Umno takut kpd mic gerakan mca..
ReplyDeletepas pulak bersahabat dgn umno..
pas xtakut kpd mana2 parti..
Jadi pas xkemana2..haha..
Kenapa pulak senyap dan keluar awal. Patut kalau dh sampai kata kafir kat org yg tolak RUU tu..cepat2 lah mintak dipercepatkan dan lawan habis2san. Bukannya senyap dan keluar dewan. Nampak sangat tak penting dan serius.
ReplyDeleteBunyi saja mengaung tapi...
Kenapa pulak senyap dan keluar awal. Patut kalau dh sampai kata kafir kat org yg tolak RUU tu..cepat2 lah mintak dipercepatkan dan lawan habis2san. Bukannya senyap dan keluar dewan. Nampak sangat tak penting dan serius.
ReplyDeleteBunyi saja mengaung tapi...
Inilah yang betul dikatakan anjing menyalak bukit bunyi salakan bukqn main kuat tapi bila sampai dekat bukit rupanya yang disalak itu hanya batu bukit yang pekak dan bisu,paku dulang buah sepih dulu dok kata kat orang anjing menyalak bukit sekarang sapa yang dan jadi menyalak,fikir sendiri.
ReplyDeletehek eleh blogger DAP PAN Imayam ni....ke bawah ke, ke atas ke itu UMNgOk punya hal! sesiapa yang menghalang atau tak nak undi memang layak dipanggil munafiq...atau lebih teruk...tu jer....PAS sebagai parti Islam dah buat apa yang terdaya
ReplyDeleteKalau korang dari dari PArti PAN Imayam dan PKR rasa kebal sangat dari azab kubur dan juga pada hari akhirat...teruskanlah jalan kan arahan tuan anda DAP untuk terus menghina dan memperlekehkan undang2 Islam. bye!
Bahaya perjuangan parti ni, dari menarik orang ke Islam, malah di kafir munafikkan orang2 yg dah sedia lslam.
ReplyDeleteBahaya...bahaya
Bahaya perjuangan parti ni, dari menarik orang ke Islam, malah di kafir munafikkan orang2 yg dah sedia lslam.
ReplyDeleteBahaya...bahaya