Monday, October 31, 2016

Polis tak jadi siasat Husni hari ini

 FMT| October 31, 2016
Bekas menteri kewangan kedua itu dipanggil ke Bukit Aman untuk direkodkan keterangan berhubung kenyataannya mengenai 1MDB, tetapi siasatan terhadapnya ditangguhkan minggu depan.
VIDEO INSIDE
husni
KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap bekas menteri kewangan kedua susulan kenyataannya mengenai 1MDB di Parlimen minggu lalu, ditangguhkan ke minggu depan.

Terdahulu, Husni dilihat memasuki ibu pejabat polis Bukit Aman pada 2.15 petang kerana beliau dijadualkan merekodkan keterangan hari ini.
Bagaimanapun, beliau keluar dari Bukit Aman kira-kira 15 minit selepas itu dan memberitahu wartawan yang soal siasat ditangguhkan ke minggu depan tanpa diberikan tarikh tertentu.

Minggu lalu, dilaporkan 3 bekas menteri termasuk Husni, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan disoal siasat kerana tuduhan mendedahkan maklumat rahsia kerajaan mengenai 1MDB.

Mereka membuat kenyataan mengkritik 1MDB di Dewan Rakyat, dan sehubungan itu Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata mereka mungkin melanggar sumpah kerahsiaan.

Ketiga-tiganya pada masa ini disiasat kerana didakwa melanggar sumpah kerahsiaan mereka di bawah peruntukan OSA, kerana bercakap mengenai isu yang diketahui ketika masih dalam jawatan menteri.
Dua laporan polis dibuat oleh Jaringan Melayu Malaysia dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan.

Husni yang juga ahli Parlimen Tambun meletak jawatan sebagai menteri dan jawatan dalam Umno serta BN pada Jun lalu.

No comments:

Post a Comment