Empat wartawan diganggu dan dipaksa memadamkan gambar serta rakaman video dalam kekecohan itu.
PETALING
JAYA: Pergelutan dilaporkan tercetus antara penyokong politik, hari
ini, dan beberapa wartawan dipercayai dikasari apabila konvoi Bersih
melalui Kuala Selangor, petang tadi.
Malaysiakini melaporkan, beberapa wartawan diganggu dan dipaksa memadamkan gambar serta rakaman video dalam kekecohan itu.
Seorang wartawan Malaysiakini ditumbuk di bahu, manakala seorang
jurugambar video dan wartawan wanita The Star dipaksa memadamkan gambar
serta rakaman video.
Seorang lagi wartawan lelaki dikasari ketika cuba membantu rakannya.
Menurut laporan itu, seorang penyokong Bersih turut diganggu selepas
beliau berjabat tangan dan memeluk Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu
Hanifah.
Seorang lelaki yang muncul di sebelah Armand kemudiannya menjerit
“Jangan ganggu orang Tanjung Karang” dan meminta gambar tidak
dirakamkan.
Anggota polis berhampiran segera menghentikan kekecohan itu dan menggesa kumpulan penyokong lawan bersurai.
Terdahulu pada tengah hari tadi, konvoi Bersih berarak secara aman di Sekinchan dan mengedarkan risalah di beberapa lokasi.
No comments:
Post a Comment