13/11/16
ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim memohon maaf atas 'kewujudan'
pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana kedua-dua
mereka beroperasi dari kawasan yang sama.
"Saya ingin memohon maaf kepada anda semua kerana pemimpin Baju
Merah, Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Jamal adalah dari Sekinchan.
"Saya tidak tahu mengapa kawasan saya mempunyai seseorang seperti
itu. Saya malu ada seseorang seperti itu (dari kawasan saya)," kata Ng
dalam ceramah BERSIH di tempat letak kereta Bandar Tun Hussein Onn,
malam tadi.
Semalam, Jamal dan kumpulannya berkumpul di Dataran Maybank yang menjadi salah satu tempat berkumpul yang dirancang BERSIH.
Beliau mengulangi ancaman sebelum ini untuk menghentikan perhimpunan
tersebut dengan Baju Merah akan turut berhimpun di mana sahaja BERSIH
mengumpulkan para pesertanya.
Kumpulan baju merah juga telah mengganggu konvoi BERSIH yang diadakan
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai agenda
perhimpunan.
Pada ceramah BERSIH itu yang menyaksikan kira-kira 80 orang hadirin,
pengerusinya Maria Chin Abdullah bercerita mengenai ancaman bunuh yang
diterimanya.
"Ia (ancaman bunuh) adalah sesuatu yang kita mesti tentang dan hentikan.
"Kami juga diserang dengan dakwaan BERSIH ambil wang daripada (pembiaya Amerika) George Soros," tambahnya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment