6/11/16
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menolak
rancangan kerajaan Persekutuan untuk menukar dua buah Institut
Pendidikan Guru (IPG) Sarawak kepada kolej vokasional dengan menyifatkan
tindakan itu sebagai 'bodoh'.
The Borneo Post hari ini memetik kenyataan Adenan sebagai
berkata, bilangan IPG tidak perlu dikurangkan kerana boleh membahayakan
matlamat kerajaan untuk mencapai nisbah 9:1 bagi guru-guru dari Sarawak
dan bukan Sarawak yang berkhidmat di negeri ini.
"Saya telah menulis surat kepada perdana menteri untuk memaklumkan
bahawa cadangan menukar dua kolej latihan guru (di Sarawak) ke sekolah
teknik adalah bodoh.
"Saya tahu betapa pentingnya pendidikan teknikal tetapi tidak perlu
dilakukan dengan mengorbankan dua kolej latihan guru," Adenan dilaporkan
berkata semasa merasmikan sambutan peringkat negeri Hari Wanita 2016,
semalam.
"Oleh itu, saya gesa kerajaan (Persekutuan) untuk mengubah keputusan ini," katanya.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataan pada 29 Oktober yang lalu
menjelaskan tidak ada IPG di negara ini akan ditutup, di tengah-tengah
kekeliruan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
Malaysiakini
Guru2 dah tak penting ka
ReplyDeleteBahaya ni utk masa depan generasi..
Guru2 dah tak penting ka
ReplyDeleteBahaya ni utk masa depan generasi..