SHENZHEN - CHINA. Polis di selatan China mendenda pemandu yang
menggunakan lampu tinggi dengan mengarahkan mereka merenung cahaya lampu
selama satu minit.
Menerusi perkongsian di laman rasmi Weibo Polis Trafik Shenzhen,
pemandu dikehendaki duduk di kerusi dan diarahkan merenung lampu kereta
yang terpasang selama satu minit.
"Malam ini kami menjalankan denda ke atas pemandu yang menggunakan lampu tinggi," tulisnya.
Posting tersebut mendapat 87,000 likes dan dikongsi lebih 93,000 kali.
Memetik media tempatan, selain didenda merenung lampu selama 60 saat,
pemandu yang melakukan kesalahan itu turut dikenakan denda 300 yuan (RM
185).
Kaedah denda seumpama itu berdepan kritikan ketika diperkenalkan pada tahun 2014, namun di jalankan semula pada Selasa lalu.
Rata-rata bersetuju dengan tindakan yang diambil pihak berkuasa sebagai
pengajaran kepada pemandu yang mementingkan diri dan tidak bertimbang
rasa.
Tahun lalu, polis trafik Shenzhen turut menjalankan hukuman kepada
pejalan kaki yang melanggar undang-undang dengan menyuruh pesalah
mengawal lalu lintas dengan memakai topi hijau dan jaket jika tidak mahu
membayar denda yang dikenakan.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment