Friday, November 4, 2016

Terkejut lelaki potong, makan ibu jari sendiri

Terkejut lelaki potong, makan ibu jari sendiri
SHEFFIELD - BRITAIN. Pengunjung sebuah pasaraya terkejut selepas seorang lelaki memotong ibu jari kakinya sebelum bertindak memakan anggota badannya itu.

Insiden dilaporkan berlaku di Wilkinson Haymarket di Sheffield pada Ahad pagi.
Lelaki berkenaan memotong ibu jarinya itu dengan pemotong besi yang diambilnya di bahagian perkakasan elektrik.

Saksi berkata, lelaki tersebut berdiri di khalayak ramai sambil makan ibu jari kaki yang dipotongnya itu.
"Lelaki itu masuk ke Wilkinson Haymarket, naik ke tingkat atas dan mengambil pemotong besi sebelum memotong ibu jari kaki dan memakannya," kata saksi dipetik Daily Mail.

Sementara itu, jurucakap Polis South Yorkshire, perkhidmatan kecemasan menerima laporan pada jam 11.10 pagi selepas menerima laporan mengenai lelaki itu.
"Ketika tiba, lelaki itu dibawa ke hospital bagi merawat luka dikakinya.
"Tiada pihak ketiga terlibat dan insiden tidak akan disiasat di bawah kesalahan jenayah," katanya
Sinar

No comments:

Post a Comment