Wednesday, November 23, 2016

Dituduh Mengamalkan Ilmu Hitam, Ulama Sufi Dipenggal ISIS

22/11/16

 
Mirror- Seorang ulama berusia 100 tahun dilaporkan dipenggal ISIS kerana dituduh mengamalkan  ilmu hitam. Demikian laporan stesyen televisyen Al-Arabiya

KAHERAH
Dalam video yang diterima Al-Arabiya, lelaki tua itu dipaksa mengenakan pakaian terusan berwarna oraen sebelum digiring ke sebuah kawasan dan dipenggal di hadapan puluhan orang.

Dia adalah Sheikh Sulaiman Abu Haraz, seorang ulama Sufi, yang dipenggal seorang algojo bertopeng dengan menggunakan sebuah pedang.

Ulama uzur itu diculik ISIS dari kediamannya di kota Arish, Semenanjung Sinai, Mesir oleh sekelompok orang bersenjata.

"Kesalahan" sang ulama adalah dianggap menjalankan praktik sihir. Kesimpulan itu diambil ISIS tanpa menggelar pemeriksaan atau pengadilan.

Eksekusi sang ulama dirakam oleh kelompok militan Ansar Bayt al-Maqdis yang berafiliasi dengan ISIS.

Ansar Bayt al-Maqdis kerap menyerang kelompok Muslim Sufi kerana dianggap tak sesuai dengan ajaran Islam yang diyakini ISIS.

Ansar Bayt al-Maqdis menggabungkan diri dengan ISIS pada 2014 dan sejak itu sudah melakukan banyak aksi kekerasan di Mesir. 
Sumber:KOMPAS.com

1 comment: