Saturday, November 19, 2016

Himpunan Bersih 5: 9 kini telah ditahan polis

PDRM
SHAH ALAM - Polis hari ini menjalankan beberapa tangkapan menjelang perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah esok melibatkan pelbagai pihak, termasuk aktivis dan ahli politik.

Antara yang telah ditahan adalah Pengerusi dan aktivis Bersih, Maria Chin Abdullah serta Mandeep Singh Karpal Singh.
Kedua-dua individu tersebut ditahan polis di Pejabat Bersih petang tadi.
Perkara ini disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Menurut, bekas Pengerusi Bersih, S Ambiga dalam Twitternya, selain Maria Chin dan Mandeep Singh, pemimpin lain juga ditahan adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; bekas Exco Selangor, Ronnie Liu dan pemimpin parti PSM, S Arutchelvan.

Turut ditahan adalah dua aktivis, Luqman Nul Hakim Zul Razali dan Anis Syafiqah serta dua ahli DAP, Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.

No comments:

Post a Comment