Saturday, November 19, 2016

LANGSUNG – Pusat bandar raya meriah, sesak dan terkawal

19/11/16

Selepas kempen yang menyaksikan tuduh-menuduh, amaran pihak berkuasa malah pergelutan yang bertukar ganas, ibu negara hari ini bersedia untuk perhimpunan Bersih 5 dan perhimpunan lawannya oleh Gerakan Baju Merah.
UPDATED
masjid-jamek-crowd
KUALA LUMPUR: Selepas kempen berminggu-minggu yang menyaksikan tuduh-menuduh, amaran pihak berkuasa malah pergelutan yang bertukar ganas, ibu negara hari ini bersedia untuk perhimpunan Bersih 5, di samping sebuah lagi perhimpunan lawan untuk menghalangnya diketuai ketua bahagian Umno, Datuk Seri Jamal Yunos.
Wartawan dan jurukamera FMT kini berada di beberapa lokasi bagi melaporkan perkembangan terkini.
10.49: Aktivis Hishamuddin Rais ditahan polis di Bangsar, menurut sekretariat Bersih 2.0 Jay Jay Dennis.Hishamuddin-Rais
10.45: Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan kumpulannya membawa “batu nisan” tanda “kematian demokrasi”.
“Yang kedua, kita mahu jelaskan di sini, menolak dan menentang penyelewengan adalah satu tuntutan Islam. Kita nak counter nerratif bahawa demonstrasi ini haram,” katanya. katanya.abim
10.37: Penganjur Bersih mengumumkan jalan di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek sebagai kawasan ceramah. Peserta diarahkan duduk atas jalan raya.
10.30: Mustafa Along, 29, daripada Orang Asli Temiar, Gua Musang, Kelantan, berkata, kumpulannya hadir hari ini bagi mengetengahkan isu penerokaan tanah adat. “Kami ada misi. Kami lihat ia himpunan untuk rakyat. Supaya dapat diberi penjelasan dan tuntutan mengenai tanah-tanah kami.”mustafa-along
10:21: Penyokong Baju Merah terpaksa ditenangkan penganjur selepas marah disuruh berarak semula ke Dataran Merdeka dari PWTC.
Video Player
10.20: Sekumpulan Orang Asli berjumlah lebih 100 orang turut serta dengan sepanduk membantah pembalakan di tanah adat.orang-asli
10.17: Kira-kira 1,000 penyokong Baju Merah berkumpul di luar PWTC sambil melaungkan slogan dan bertakbir. Turut kelihatan exco Pemuda Umno, Armand Azhar Abu Hanifah.
Video Player
10.10: Penganjur Bersih merayu peserta tidak menggunakan vuvuzela kerana bunyi bising menyukarkan orang ramai mendengar arahan.
10.08: Khairul, 30, yang menjual sandwic seawal 7.00 pagi, berkata perniagaan masih belum rancak.
“Selepas ini, saya ke Dataran Merdeka,” katanya yang baru menjual 20 daripada 150 sandwic yang disediakan.coffee
10.02: Aktivis Adam Adli tiba di Dataran Maybank. Menurutnya, seramai 20 pegawai polis mengunjungi beliau malam tadi: “Tetapi saya hadir hari ini. Generasi akan datang akan berterima kasih kepada kita.”adam-adli-bersih
9.55: Bilangan peserta mula meningkat di hadapan Stesen Masjid Jamek, ramai meniup vuvuzela mengeruhkan suasana.masjid-jamek-crowd
9.53: Presiden Amanah Mohamad Sabu tiba di Dataran Maybank, Bangsar.
Ambiga: “Mereka cuba menghalang Bersih 5 tetapi nampaknya gagal.”ambiga2-bersih
9.43: Lebih ramai pegawai polis ditempatkan di persimpangan bersebalahan Dataran Merdeka.
Ramai antara penyokong Baju Merah dilihat menutup muka. Ketika ditanya, ada yang menjawab kerana segan dan bimbang “orang kampung, kawan-kawan nampak mereka datang perhimpunan”.merah-tutup-muka
9.30: Kira-kira 200 peserta Baju Merah berkumpul di Stesen Bandaraya (di hadapan Sogo) selepas berarak.merah
9.29: Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu peserta: “Mungkin Maria (Chin Abdullah) tidak berada di sini tetapi semangatnya tetap hadir. Kita perlu teruskan!” katanya, disambut dengan “”Hidup Ambiga!”
Video Player
00:00
00:36
Ambiga: “Tiada siapa yang takut. Semua yang keluar hari ini, kita akan keluar.”
9.20: Di Jalan TAR, peserta Bersih 5 dilihat bersorak ke arah penyokong Baju Merah yang sebelum itu cuba merempuh mereka. Keadaan terkawal.
9.15: Beberapa peserta hadir menunjukkan pelbagai ragam. Penyokong Baju Merah dan Bersih 5 mula meningkat, kira-kira 300 penyokong Bersih 5 di Stesen LRT Bangsar.LRT
9.12: Kira-kira 30 pemuda berbaju merah berarak dekat Dataran Merdeka. Tiada pergelutan berlaku walaupun mereka bertembung dan berjalan lalu disambut sorakan penyokong Bersih.
Video Player
00:00
00:31
Merah2
9.10: Beberapa wakil Majlis Peguam turut kelihatan memantau keadaan.
9.08: Lelaki berpakaian Arab muncul menyertai protes, dipercayai sebagai sindiran kepada derma politik RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.
Pak-Arab
9.05: Seorang wanita berdiri memegang sepanduk di barisan polis yang mengawal Dataran Merdeka.
lady
9.00: Semakin ramai mengambil peluang menjual baju Bersih 5 di hadapan Masjid Jamek.
8.54: Dataran Merdeka lengang, hanya polis berpakaian seragam di sepanjang kawasan.
Polis
8.40: Polis turut meletakkan pagar besi dalam menghalang jalan semua jalan menuju Dataran Merdeka.
Metal8.40: Tiga kanak-kanak dilihat menjual kain dan bandana kepala Bersih 5 di luar Masjid Negara. Seorang daripada mereka berumur 9 tahun, manakala dua lagi 10 tahun.Budak
8.20: Trak FRU dan polis mula tiba di kawasan sekitar Masjid Jamek, dan beberapa pegawai polis dilihat memberi taklimat kepada anggota keselamatan.
FRU
8.15 PAGI: Penyokong Bersih dilihat berkumpul di luar Majid Negara. Kebanyakan mereka di sini tiba dari utara Semenanjung, tetapi masih tidak memakai baju kuning Bersih.
Peguam Baju Merah, Mohd Imran Tamrin memaklumkan Jamal Yunos akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang pada 2.00 petang.
Crowds

No comments:

Post a Comment