19/11/16
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu
membuat pelbagai kejutan walaupun tidak hadir pada perhimpunan Bersih 5,
hari ini.
Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
dalam kenyataannya berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku pada
perhimpunan itu.
“Jarak penerbangan pulang dari Sudan ke Malaysia, bukanlah mengambil masa yang lama,” katanya.
Mahathir kini berada di Sudan atas undangan rasmi dari sebuah universiti di sana.
Bagaimanapun, baru-baru ini Mahathir tampil dalam sebuah video yang mengajak rakyat untuk menyertai Bersih 5.
Menurut Khairuddin, semangat yang telah dibekalkan oleh Mahathir memadai untuk rakyat menjayakan perhimpunan berkenaan.
"Yakinilah dengan kemampuan tokoh terulung negara yang mampu membuat kejutan.
“Apa yang penting, rakyat harus turun beramai-ramai untuk tunjuk kuasa secara aman berlandaskan undang-undang,” katanya.
Sinar
ya,,,kejutan lari ke Sudan....
ReplyDeleteAku tnggal diThailand. Masa demonstrasi diBangkok aku ada. Himpunan bersih 5 , macam main aci lut cak Aku sokong bersih tapi himpuna buang masa aku saja.
ReplyDelete