Monday, November 21, 2016

Mei Fun desak Tajuddin minta maaf jika benar dia ‘lelaki’

 | November 21, 2016
Naib presiden MCA berkata mungkin tindakan Tajuddin di Dewan Rakyat hari ini, pengakuan yang mana-mana orang Cina Malaysia dengan nama keluarga “Kok” lebih “lelaki” berbanding dirinya.
Teresa-Kok_tajuddin_600
PETALING JAYA: Timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat mendesak Datuk Tajuddin Abdul Rahman menunjukkan lebih rasa hormat kepada wanita dan bangsa Cina Malaysia.

Ini susulan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani yang juga ahli Parlimen Pasir Salak itu menghina Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok di Dewan Rakyat, awal hari ini dengan berkata hanya dia seorang saja wanita yang ada “Kok”.

Naib presiden MCA itu menerusi kenyataannya hari ini menyelar Tajuddin kerana membuat kenyataan menghina itu, berkata tidak sewajarnya seorang timbalan menteri bersikap kebudak-budakan seperti itu dengan mempermainkan kata.
“Meskipun kami di bahagian berbeza dan tahu komen Teresa sering mencari salah MCA, parti kami tidak tolak ansur dengan apa jua bentuk kekasaran dibuat ahli Parlimen lelaki.

“Apatah lagi daripada seorang timbalan menteri terhadap nama wanita Malaysia berbangsa Cina, dan ditambah lagi dikiaskan dengan alat sulit lelaki,” katanya.
Chew berkata tugas ahli Parlimen di Dewan Rakyat ialah membahaskan dasar kerajaan dan isu negara yang memberi kesan terhadap kehidupan, ekonomi dan sosial rakyat.
“Bukannya untuk menyalahgunakan imuniti seseorang dengan menghina nama keluarga ahli Parlimen Seputeh.

“Tingkah laku tidak sopan Tajuddin ialah cerminan yang fikirannya rosak. Tidak sepatutnya tindakan itu dilakukan seorang timbalan menteri,” katanya.
Sehubungan itu, katanya beliau mendesak Tajuddin memohon maaf terhadap semua orang Cina di Malaysia dan wanita kerana hinaannya itu.
“Jika Tajuddin seorang lelaki yang ada kelas dan pendidikan, dia akan melayan orang Cina Malaysia dengan hormat, dan tidak mempamerkan sikap teruk terhadap wanita.

“Mungkin tindakannya itu satu pengakuan yang mana-mana orang Cina Malaysia dengan nama keluarga ‘Kok’ jelasnya lebih ‘lelaki’ berbanding dia,” katanya.

No comments:

Post a Comment