GEORGETOWN - Mereka layak digelar nenek namun disebabkan ketagihan
dadah, beberapa warga emas sanggup menjual tubuh mereka untuk
mendapatkan wang bagi membeli bahan terlarang itu.
Difahamkan, mereka hanya mengenakan bayaran sebanyak RM20 dan tambahan
RM5 untuk bayaran sewa bilik hotel demi mendapatkan wang kerana
ketagihan dadah jenis heroin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash
Wahid berkata, aktiviti tidak bermoral itu dikesan dilakukan di Jalan
Perlis di sini selepas serbuan dibuat sepasukan anggota dari Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut
(IPDTL) dua hari lalu.
Menurutnya, serbuan dibuat selepas polis menerima maklumat dan hasil risikan yang dibuat.
"Mereka berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun yang menyediakan
perkhidmatan seks demi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Mereka
didapati menerima sesiapa sahaja pelanggan yang ingin melampiaskan nafsu
demi wang kerana ketagihan dadah.
"Pelacur ini menjadikan bilik kecil dalam sebuah premis untuk
menjalankan aktiviti mereka. Bilik kecil terbabit hanya dilengkapi tilam
berbau hapak serta hancing.
"Pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks mereka perlu membayar
wang tambahan sebanyak RM5 untuk harga bilik," katanya ketika dihubungi
Sinar Harian.
Mior Faridalathrash berkata, difahamkan, bilik berkenaan disewa mereka dengan harga RM100 sebulan daripada pemilik premis.
"Hasil pengakuan mereka, pelacur-pelacur terbabit mengaku mereka mampu memperoleh RM100 untuk satu malam.
Mereka turut mendakwa kebanyakan pelanggan terdiri daripada lelaki warga asing seperti Nepal dan Bangladesh.
"Operasi dijalankan bermula jam 10 malam hasil maklumat orang ramai dan
juga risikan polis. Seramai 27 individu terdiri daripada 10 lelaki dan
17 wanita ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa ke IPDTL untuk menjalani ujian air kencing.
Mior Faridalathrash berkata, pihaknya akan melakukan operasi secara
berterusan bagi membanteras gejala dadah dan pelacuran di bandar ini.
Bukan kah Birawati Masitah telah berfatwa bahawa tak salah kalau seseorang wanita yang kesempitan hidup itu melacur. Kini setelah ada dari kalangan mereka yang mengikuti "FATWA" tersebut mengapa di tangkap? Mengapa si pengeluar "FATWA" itu dan mereka yang merompak harta Negara tak di tangkap?
ReplyDeleteBila di sebut perkataan "DADAH" sepatut nya Negara ini sudah lama bebas dari najis tersebut sekira nya pegawai penguatkuasa benar benar menjalan kan tugas nya. Melalui suspek yang di tangkap pehak berkuasa akan mendapat info siapa pembekal nya. Sehingga kini tiada siapa dari kalangan pembekal yang di tangkap, mengapa?
ReplyDeleteDi sini aku ingin memperkata kan dua insident:
1. Di Pekan Nenas, Pontian, Johor. Kilang memperosis dadah yang mungkin telah lama beroperasi hanya di sedari bila tempat itu terbakar. Pengusaha nya ada lah warga Singapura.
2. Beberapa tahun yang lepas dua orang angota polis yang bermarwah telah menahan sebuah lori berhampiran dengan Leban Condong. Bila di geledah ternyata ada dadah. Para angota polis itu ingin di sogok sebanyak RM 330.000.00 seorang tetapi mereka yang punyai iman enggan menerima nya, malah lori itu di bawa ke Balai Polis Rompin. Yang aneh nya kes tersebut di lepaskan kerana tidak punyai bukti. Tak tahu kemana dadah itu ghaib. Cuba imbas kembali siapa IGP ketika itu dan dadah itu milik seorang Datuk dari Johor Bahru. Jagan ingat kesemua angota polis itu penerima rasuah tetapi setelah kejadian itu apa perasaan mereka!!!