Friday, November 11, 2016

Status Facebook hina KPN, seorang lelaki didenda RM5,000

 | November 11, 2016
Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada seorang anak itu dipenjara 2 bulan jika gagal membayar denda.
polis_fb_kpn_600
KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat didenda RM5,000 oleh Mahkamah Siber di sini hari ini kerana menghina Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosmin Mohamed Noor, 40, selepas tertuduh yang merupakan orang kena saman menukar pengakuan kepada bersalah hari ini, yang ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada seorang anak itu dipenjara 2 bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda.

Ketika rayuan, peguam Ahmad Nurie Abdul Rahman yang mewakili Rosmin memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman denda paling minimum dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berpendapatan RM1,000.

“Anak guam saya juga sudah menukar pengakuan kepada bersalah yang menjimatkan masa mahkamah. Dia insaf dan menyesal atas perbuatannya serta mengaku tidak dapat mengawal emosi pada masa tersebut (ketika menulis status),” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi membendung pengguna media sosial daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
“Setiap perkataan dan pandangan yang dilontarkan haruslah bersifat rasional. 

Pohon hukuman sebagai pengajaran bukan sahaja kepada Rosmin tetapi kepada masyarakat agar lebih berhati-hati melontar pandangan di media sosial,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, pengadu yang merupakan seorang anggota polis membaca satu komen di laman Facebook yang dimuat naik Rosmin yang berunsur ugutan dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Pada 29 September lepas, lelaki itu mengaku tidak bersalah menggunakan 
perkhidmatan aplikasi Internet dan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran pernyataan yang bersifat menghina dan jelik terhadap Khalid dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 708, Kampung Teluk Bahru 2, Lundang, Kota Bharu, Kelantan, pada 10.10 pagi, 22 September lepas mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya.
FMT

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete