Sinar Harian
DAR ES SALAAM - TANZANIA. Seorang lelaki tidak dapat menerima rawatan di hospital kerana dia terlalu tinggi.
Baraka Elias yang mempunyai ketinggian 7 kaki 4 inci berkata, dia perlu
melakukan pembedahan penggantian pinggul selepas cedera akibat
terjatuh, namun tidak boleh berbuat demikian.
Menurut Baraka, doktor di sebuah hospital di Dar es Salaam
memberitahunya, dia tidak dapat menerima rawatan malah ketinggiannya itu
tidak mampu memuatkannya di katil hospital.
Memetik laporan media tempatan, pakar Institut Orthopaedic Muhimbili di
Dar es Sallam mengesahkan ketinggian lelaki berkenaan menyukarkannya
untuk menerima rawatan dan melakukan pembedahan.
Baraka dikatakan lelaki paling tinggi di Tanzania, memberitahu BBCNews,
doktor kini cuba untuk mengenalpasti sama ada dia boleh dirawat di luar
negara.
Tanzania mempunyai perkhidmatan kesihatan yang kurang baik, berbanding dengan negara-negara di Barat.
Tambah Baraka lagi, ibu bapanya berkata ketinggiannya itu adalah disebabkan faktor keturunan.
"Ramai yang kagum dengan ketinggiannya, namun saya menganggap ia sebagai sesuatu yang normal," ujarnya
No comments:
Post a Comment