Beliau berkata syaratnya ialah kelab penyokong dan
peminat pasukan bola sepak Kelantan perlu mempromosi dan membeli produk
keluaran Vida Beauty.
PETALING JAYA: Datuk Seri Hasmiza Othman berkata syarikatnya bersedia
menaja semula pasukan bola sepak Kelantan bagi membolehkan pasukan itu
menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017, tetapi bersyarat.
Pemilik Vida Beauty Sdn Bhd itu yang lebih dikenali sebagai Dr Vida
berkata antara syaratnya ialah kelab penyokong dan peminat pasukan The
Red Warriors (TRW) itu perlu mempromosi serta membeli produk keluaran
syarikatnya sebagai tanda sokongan kepada tajaan berkenaan.
“Saya boleh pertimbangkan untuk menaja pasukan TRW bagi saingan Liga
Malaysia 2017 tetapi dengan syarat kelab penyokong dan penyokong TRW
membuat promosi dan membeli produk keluaran Vida Beauty,” katanya kepada
FMT.
Jutawan kosmetik itu sebelum ini dilaporkan sedia menaja dan
membelanjakan RM20 juta, bagi memastikan skuad Kelantan berada pada
prestasi terbaik selama 2 musim bermula tahun ini.
Bagaimanapun, beliau menangguhkan penajaan TRW pada 2017 susulan
prestasi pasukan itu yang tidak memuaskan pada tahun ini sekali gus
meletakkan pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang itu mengalami masalah
kewangan yang parah kerana tidak ada penaja.
Dr Vida berkata antara sebab mengapa beliau menangguhkan penajaan TRW
ialah kerana kurangnya pembelian produknya daripada penyokong.
Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memutuskan untuk
menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2017 susulan ketidakmampuan
untuk menyediakan dana mencukupi kepada pengurusan TRW.
Kafa memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan pasukan
itu kekal bersaing secara kompetitif, namun persatuan itu masih
bergelut mencari sumber kewangan selepas Tan Sri Annuar Musa meletakkan
jawatan pengerusi secara mengejut, awal bulan lalu.
Mesyuarat khas xxco Kafa pada 15 Disember lalu mendedahkan dana
kewangan terkumpul persatuan itu hanya RM800,000 daripada sumbangan
penaja tertentu dan mereka perlu bekerja keras mencari dana sebelum
sepak mula Liga-M, akhir Januari depan.
Susulan keputusan Kafa itu, ramai yang merayu supaya ada pihak tampil
membantu menaja TRW dan memberi nafas baharu kepada pasukan itu untuk
kekal beraksi musim depan.
Terbaru, badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) menggerakkan
kempen “Satu Rakyat Kelantan, RM10”, bagi menyelamatkan masa depan
pasukan bola sepak negeri itu daripada terkubur dalam saingan Liga-M
2017.
Penyelarasnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kutipan di bawah
tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan itu bertujuan menyelamatkan
TRW selepas Kafa mahu menarik diri daripada menyertai saingan liga
domestik itu.
Sementara itu, Annuar menerusi kenyataan terbarunya meminta Kafa
menimbang semula keputusan menarik penyertaan pasukan bola sepak negeri
itu dalam saingan Liga-M 2017.
Katanya, tindakan Kelantan menarik diri daripada menyertai
pertandingan tersebut akan menyebabkan skuad pantai timur itu berdepan
tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
ASS..WR.WB.SAYA PAK ALERSKY TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
ReplyDeleteNO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-9177-2208
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak