Monday, December 26, 2016

Coklat Daim, Toblerone‎ halal, kata pengeluar

 FMT| December 26, 2016
Syarikat akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim untuk memastikan produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.
mondelez_daim_toblerone_600
KUALA LUMPUR: Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.

Syarikat itu dalam kenyataannya hari ini berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan produk makanan yang bukan pemegang sijil halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram,” kata syarikat itu.

Mondelez International menyatakan semua maklumat mengenai bahan untuk menghasilkan coklat Toblerone dan Daim tertera pada pek bungkusan dan pengguna dinasihatkan merujuk kepada pek berkenaan.
Syarikat itu juga menyatakan ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim untuk memastikan produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

Pada Jumaat lepas, Jakim mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.

2 comments:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete
  2. Admin blog kalau bole block komen nombor togel ni.Saje nk suruh org buat dosa.dah la haram berjudi.Guna nama Allah plak tu.Insaflah kak oi dari ko sebar nombor togel ni.

    ReplyDelete