10/12/16
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu meminta mereka
yang merancang untuk membunuh diri supaya tidak berputus asa, sebaliknya
menyertai parti itu untuk melakukan perubahan kepada negara.
"Kita tidak mahu insiden 26 Oktober di Jambatan Pulau Pinang berulang kembali akibat tekanan kos kehidupan," katanya.
Beliau merujuk insiden seorang lelaki melompat dari Jambatan Pulau
Pinang selepas menulis di Facebook bahawa dia berbuat demikian kerana
tekanan kos sara hidup yang tinggi.
"Dan andainya ada yang merancang untuk melakukan sedemikian, jangan putus asa.
"Bersama kami untuk melakukan perubahan dan tumbangkan kerajaan yang
bolot, boros dan rakus ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada
Konvensyen AMANAH hari ini.
Beliau berkata, sikap tidak peduli kerajaan Umno BN terhadap generasi
muda hari ini dapat dilihat melalui Belanjawan 2017 apabila kerajaan
sengaja menggalakkan rakyat berbelanja dengan berhutang'.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment