Monday, December 5, 2016

Kenapa kerajaan pula perlu berdemo?, tanya Mahathir

Sinar Harian
Umno, jangan cuba mangsakan DAP
Persidangan DAP 2016
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Mahathir, sebagai pemimpin yang mengetuai kerajaan, Najib tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan, sebaliknya hanya perlu menggunakan penyelesaian yang lebih diplomatik.

"Semasa saya menjadi perdana menteri dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi ditangkap, saya menulis surat dan menghantar seseorang untuk bertemu dengannya.

"Secara peribadi, saya bertemu dengan seorang utusan dari Myanmar dan membawa dia untuk menunjukkan bagaimana demokrasi boleh berfungsi kerana pada masa itu, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan berdemonstrasi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, mereka yang sepatutnya turun di jalanan adalah mereka yang menentang kerajaan dan bukan sebaliknya.
"Yang turun berhimpun adalah mereka yang menentang kerajaan, bukannya kerajaan sendiri turun berhimpun.
"Saya turun berhimpun sebab saya bukan lagi dalam kerajaan," selorohnya.

1 comment:

  1. sama jg dgn kursus btn.. bw melayu masuk hutan hasut mesti sokong umnu dn takut dgn ancaman cina dap... dikala yg berkuasa org melayu.

    semua tu pakpandir

    ReplyDelete