Khaled Nordin berkata ia hanya hasutan untuk
menakut-nakutkan rakyat Johor dan mahu melihat negeri itu gagal dalam
mencapai cita-citanya.
JOHOR BAHRU: Dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City adalah tidak
masuk akal, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin.
Khaled Nordin.
Beliau berkata ia hanya hasutan untuk menakut-nakutkan rakyat Johor dan mahu melihat Johor gagal dalam mencapai cita-citanya.
Khaled menarik perhatian projek Forest City memakan masa kira-kira 30
tahun, dan antara perkara yang menjadi tarikan pelaburan ke Johor
adalah kos perniagaan dan sara hidup yang rendah berbanding Singapura
dan Kuala
Lumpur, misalnya.
Lumpur, misalnya.
“Lepas 30 tahun mungkin akan ada 700,000 warga asing di Johor tetapi
mustahil semuanya adalah warga China,” katanya kepada pemberita selepas
menutup Sukan Muafakat 2016 Kawasan Rukun Tetangga Zon Air Biru, di sini
hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa warga China berkenaan akan diberi
kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum
akan datang.
Khaled seterusnya berkata beliau yakin rakyat Johor akan berfikir
secara logik, dan mengingatkan mereka agar tidak mudah terikut-ikut
dengan dakyah tidak masuk akal.
Menurutnya, Dr Mahathir tidak memahami cara Johor, dan tidak mahu melihat Johor berkembang maju.
“Kita di Johor tidak mahu sekadar menjadi ‘laman belakang’ Singapura,
kita mahu membangun atas usaha kita, kemampuan kita, kekuatan dan
kedudukan Johor itu sendiri,” tegas menteri besar itu.
Katanya, Forest City merangkumi pembangunan kawasan perdagangan, pelancongan, perhotelan, kediaman, perkhidmatan dan sebagainya.
Forest City, dengan keluasan lebih 1,386.05 hektar, dibina atas 4 pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia.
“Pemasaran bagi kediaman di Forest City tidak tertumpu di China
sahaja malah di Australia, Timur Tengah dan pelbagai negara lain dan
yang ditawarkan hanya 10,000 unit,” katanya.
Beliau berkata pembelian hartanah oleh warga China dilakukan atas
dasar pelaburan selain memenuhi keperluan mendapatkan tempat tinggal
sementara terutama pada musim sejuk.
“Dulu semasa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) jadi perdana
menteri, Pak Lah wujudkan pembangunan mengikut wilayah…ini adalah idea
dari Pak Lah dan ia tidak boleh dinafikan, semasa zaman Dr Mahathir
perkara ini langsung tidak ada,” kata Khaled.
FMT
Bukan diForrest city sahaja Malay di Danga bay Dan Rapid diPengerang sudah ramai kelihatan warga negara China ...adalah tidak mustahil Johor akan dikuasai oleh Negara China sama seperti diKuala Lumpur.
ReplyDelete