Saturday, December 17, 2016

PBB dapat laporan harian Rohingya dibunuh, dirogol di Myanmar

FMT | December 17, 2016
Ravina berkata, PBB bimbang keadaan di Rakhine akan bertambah buruk dan tidak terkawal yang seterusnya menjadikan ia lokasi terbaik untuk melahirkan pelampau keganasan.
zeid-raad-al-hussein
GENEVA: Pemerhati bebas dilarang menjalankan siasatan ke atas laporan harian diterima Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung etnik Rohingya dirogol dan dibunuh di Myanmar, kata pejabat hak asasi manusia PBB.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra’ad al Hussein berkata, kerajaan dianggotai pemenang Anugerah Keamanan Nobel, Aung San Suu Kyi mengambil pendekatan “tidak berpandangan jauh, tidak produktif, malah tidak berhati perut” terhadap krisis itu yang boleh membawa kesan jangka panjang kepada rantau ini.
Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 86 orang terkorban dan PBB menganggarkan 27,000 umat Islam Rohingya yang kebanyakannya tiada kerakyatan melarikan diri dari Rakhine ke Bangladesh.

“Penafian berulang terhadap dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang serius kerana berita palsu, ditambah pula kegagalan membenarkan pemerhati bebas kami memasuki kawasan paling teruk terjejas di utara Rakhine, amat menghina mangsa dan merupakan tindakan melepaskan tanggungjawab oleh kerajaan mengikut undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

“Jika pihak berkuasa tiada apa-apa hendak disembunyikan, mengapa mereka enggan memberi kami akses (ke kawasan terjejas)? Keengganan memberi akses hanya menambahkan kebimbangan kami terhadap perkara paling buruk,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jurucakap hak asasi PBB, Ravina Shamdasani berkata, pejabat hak asasi manusia PBB sudah menyerahkan permohonan rasmi untuk memasuki kawasan terjejas, namun belum diluluskan Yangon.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR), Adrian Edwards berkata, rakannya di Bangladesh menemui lebih 1,000 pelarian baru tiba di negara itu sejak beberapa minggu lalu yang memaklumkan rumah mereka dibakar, orang awam disasarkan dengan wanita dan kanak-kanak trauma selepas melihat ahli keluarga dibunuh.

Katanya, UNHCR tidak dapat mengesahkan dakwaan pelarian itu tetapi amat bimbang dan menggesa pihak berkuasa Myanmar menjalankan siasatan serta kerajaan Bangladesh memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya.
Ravina berkata, PBB bimbang keadaan di Rakhine akan bertambah buruk dan tidak terkawal yang seterusnya menjadikan ia lokasi terbaik untuk melahirkan pelampau keganasan.

Rabu lalu, sebuah suruhanjaya 13 anggota yang ditubuhkan Suu Kyi bagi menyiasat serangan ke atas pos kawalan di sempadan dan kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya mendapati, tentera negara itu mematuhi undang-undang ketika berada di Rakhine.

“Pihak berkuasa kerajaan mematuhi undang-undang dan bertindak secara sah ketika berdepan penyerang,” kata suruhanjaya itu sambil menambah ketika mereka melawat perkampungan Islam di Rakhine, anggotanya tidak menerima sebarang laporan penduduk dirogol tentera Myanmar.

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Perkhidmatan Disediakan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan House Pinjaman

    Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

    Selamat sejahtera.

    ReplyDelete