Sunday, December 25, 2016

Peranan Malaysia dalam undi PBB kecam penempatan haram Israel

 | December 24, 2016
Ramlan berkata, undi Majlis Keselamatan menggesa Israel menghentikan pembinaan penempatan haram adalah hadiah perpisahan beliau selaku wakil tetap Malaysia di PBB selama 2 tahun.
Ramlan-Ibrahim_unsc112
NEW YORK: Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ramlan Ibrahim menyifatkan undi Majlis Keselamatan menggesa Israel menghentikan pembinaan penempatan haram sebagai “pengalaman paling bermakna bagi dirinya”.

Ramlan yang akan pulang ke tanah air pada Hari Krismas selepas tempoh perkhidmatan 2 tahunnya tamat serentak dengan tempoh Malaysia menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berakhir pada 31 Disember ini berkata, beliau amat gembira dengan undi menentang pembinaan penempatan itu.

Ini jelas sekali merupakan suatu kisah kejayaan Malaysia dalam dunia diplomatik – dan bagi Ramlan – yang bersama 3 anggota tidak tetap lain, iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela, mengemukakan teks draf resolusi untuk diundi pada Jumaat itu dalam suasana amat tegang serta tidak dijangkakan.

Teks yang dikenali sebagai Resolusi 2334 Majlis Keselamatan selepas pengundian, pada mulanya dijadual dibentang pada Khamis apabila Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang berlepas pada petang Khamis, turut hadir di New York.

Bagaimanapun, pembentangan teks itu ditangguhkan ekoran timbul khabar angin ia mungkin digugurkan disebabkan bantahan Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu, Donald Trump.
Seramai 18 anggota Majlis Keselamatan – termasuk 4 anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom – mengundi menyokong resolusi itu, manakala AS tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.

Resolusi itu diterima pakai dan disambut dengan tepukan gemuruh. Ia juga mengejutkan kelompok Trump yang menjangka AS akan menggunakan kuasa veto untuk menolaknya.
Pada lewat Jumaat, media AS berbincang dengan pakar luar negara tentang kesan buruk daripada kelulusan Resolusi 2334 di Majlis Keselamatan.

“Saya tidak mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada ini sebagai hadiah perpisahan saya,” kata Ramlan menceritakan peranan Malaysia di PBB ketika ditemu bual Bernama di pejabatnya selepas pengundian di Majlis Keselamtaan selesai.
“Usaha secara bersama antara Malaysia dan 3 anggota majlis lain akhirnya berhasil.”

Sepanjang tempoh bertugas di New York, Ramlan tidak pernah jemu memperjuangkan keutamaan ditetapkan kerajaan Malaysia untuk dilaksanakan di Majlis Keselamatan.

Malaysia memilih menggunakan kesederhanaan sebagai pendekatan untuk mengatasi sesuatu konflik dan pengantaraan sebagai alat untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian secara aman, di samping menyertai operasi pengaman PBB, menyokong usaha mewujudkan keamanan di negara baru bebas konflik serta menggalakkan perbincangan berterusan mengenai pembaharuan Majlis Keselamatan.

Malaysia menggunakan pendekatan ini untuk menangani “isu tegar’ yang dibangkitkannya: perbuatan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, isu kemanusiaan Palestin, usaha menentang keganasan dan pembelaan terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata, antara isu menjadi keutamaan yang cuba diselesaikannya.

Ramlan berkata, isu itu mendapat sokongan negara anggota ketika Malaysia menduduki kerusi presiden UNSC buat pertama kali pada Jun 2015 dan kali kedua pada Ogos 2016.

Menjadi presiden UNSC memberi peluang kepada Malaysia menganjurkan perbahasan terbuka peringkat tinggi mengenai kanak-kanak dan konflik bersenjata pada Jun 2015.
Malaysia mencapai kejayaan besar apabila resolusi dikemukakannya agar pihak melakukan penculikan terhadap kanak-kanak ketika berlaku konflik bersenjata memikul kebertanggungjawab lebih besar, diterima pakai sebulat suara oleh Majlis Keselamatan dan ditaja bersama 56 anggota PBB.

Ramlan berkata, kejayaan itu merupakan antara sumbangan berkekalan Malaysia terhadap sistem PBB mengenai perlindungan bagi kanak-kanak ketika berlaku konflik.
Beliau berkata, pada Ogos 2016, Malaysia menganjurkan perbahasan terbuka peringkat tinggi mengenai senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perbahasan itu meningkatkan kesedaran tentang akibat buruk sekiranya WMD jatuh ke tangan pengganas dan penjenayah, di samping betapa perlunya anggota PBB bekerjasama untuk mencegah ia berlaku.

Malaysia juga katanya, secara aktif mengetengahkan nasib menimpa rakyat Palestin, mempengerusikan mesyuarat formula-Arria, iaitu mesyuarat tidak formal dan mengambil nama sempena bekas Duta Besar Venezuela, Diego Arria yang memperkenalkan perbincangan seperti itu – mengenai keadaan di Gaza, perlindungan untuk rakyat Palestin dan kawasan penempatan haram Israel.

“Kami berjaya mengetengahkan penderitaan rakyat Palestin dengan membawa NGO Israel ke mesyuarat Arria untuk membentangkan masalah yang timbul akibat pembukaan penempatan Israel. Mesyuarat Arria berjaya dan seperti yang dapat dilihat hari ini, Resolusi 2334 sudah diterima pakai,” kata Ramlan.

Bagaimanapun, langkah untuk menubuhkan sebuah tribunal antarabangsa bagi membawa mereka yang bertanggungjawab dalam perbuatan menembak jatuh penerbangan MH17 ke muka pengadilan tidak berjaya – langkah itu ditentang dengan kuasa veto di Majlis Keselamatan.

Ramlan berkata, kejayaan menjadi anggota Majlis Keselamatan selama 2 tahun turut menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
“Pembabitan kami di Majlis Keselamatan mendapat penghargaan meluas hasil pendirian kami, di samping peranan aktif kami di Afrika. Kami bertindak secara jelas untuk mewujudkan dialog aman dan dalam menangani krisis kemanusiaan di wilayah terjejas seperti Syria, Yaman dan Sudan Selatan.”

Ramlan juga menyaksikan berlaku perubahan di PBB yang berdepan saranan agar badan dunia itu melakukan perubahan dan negara anggotanya kini berbincang tentang cara melaksanakan perubahan dimaksudkan itu.

“Kami juga sememangnya berminat (tentang perubahan di PBB) dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses ini,” katanya
FMT

4 comments:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
      Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
      KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

      *angka ritual gaib singapura

      *angka ritual gaib hongkong

      *angka ritual gaib malyaisia

      *angka ritual gaib sidney

      *angka ritual gaib kuda lari.

      Delete
    2. ASS..WR.WB.SAYA PAK ALERSKY TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


      NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


      BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
      angka;GHOIB: singapura

      angka;GHOIB: hongkong

      angka;GHOIB; malaysia

      angka;GHOIB; toto magnum

      angka”GHOIB; laos…

      angka”GHOIB; macau

      angka”GHOIB; sidney

      angka”GHOIB: vietnam

      angka”GHOIB: korea

      angka”GHOIB: brunei

      angka”GHOIB: china

      angka”GHOIB: thailand

      ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
      0823-9177-2208
      saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
      bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak

      Delete