Sunday, December 18, 2016

Polis tahan Zunar sekali lagi

17/12/16

Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, sekali lagi ditahan oleh pihak polis.
Kali ini, beliau ditahan oleh lima pegawai polis berpakaian biasa semasa majlis amal "Minum Teh Bersama Zunar" yang diadakan di Dewan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) hari ini.
Isterinya, Fazlina Rosley mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa suaminya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Pegawai-pegawai polis berada di sini sejak pukul 2.15 petang dan sejam kemudian datang ke tingkat atas dan beritahu Zunar bahawa dia perlu hentikan acara ini dan ditahan," katanya.


Beliau bagaimanapun tidak pasti di bawah akta apa suaminya ditahan.
Sekurang-kurangnya 1,000 buku kartun Zunar dan T-shirt yang mengandungi perkataan 'dedak' juga dirampas.

Selain Zunar, aktivis Lawrence Jayaraj, anggota DAP James Wong dan dua tetamu lain juga ditangkap.

Wong ditahan kerana "menghalang polis menjalankan tugas mereka".
Dalam salah satu video yang diperolehi Malaysiakini, salah seorang pegawai polis dilihat bertanya mengenai siapa penganjur acara itu dan meminta kad pengenalan mereka yang bertanggungjawab.

Beliau kemudian berpaling kepada seorang lelaki dan memberitahunya untuk membiarkan polis melakukan kerja mereka.
Lelaki itu menjawab bahawa mereka tidak mengganggu polis dan bertanya mengapa dia tidak dibenarkan untuk berada di situ.

Berikutan itu pegawai polis itu menjawab: "Tolong lah, jangan. Saya beritahu kamu, saya akan tangkap kamu".

Beliau turut meminta seorang anggota polis yang lain untuk menangkap lelaki itu jika dia melawan.
"Jika dia buka mulutnya lagi, tangkap dia kerana halang penjawat awam," katanya yang kemudiannya mengarahkan pegawai polis yang lain menahan lelaki itu.
"Tangkap sesiapa sahaja yang halang dan bawa mereka terus ke lokap," katanya.

Berdasarkan gambar-gambar dan video lain, peguam Ambiga Sreenevasan, aktivis Wong Tack, kolumnis KJ John dan Anggota Parlimen PKR G Manivannan turut hadir pada majlis itu.
Dalam video yang lain, Wong dilihat memberitahu pegawai polis bahawa ini adalah satu "penyalahgunaan kuasa".

Zunar, bulan lepas, ditahan kerana menghasut ketika mengadakan pameran kartun yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau ditangkap di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan penghinaan yang disengajakan dengan niat mencetus pecah keamanan.
Zunar ditangkap polis selepas pameran di Komtar yang diganggu sekumpulan anggota Umno Pulau Pinang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Rafizal Abdul Rahim.
Beliau dibebaskan daripada tahanan sehari kemudian.

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Perkhidmatan Disediakan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan House Pinjaman

    Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

    Selamat sejahtera.

    ReplyDelete