Tuesday, December 20, 2016

Selsema Burung, 20 Juta Ekor Unggas Dimusnahkan

Selasa, 20 Desember 2016 
 
AFP/Kim Jae-Myoung Para petugas kurantin  Korea Selatan berbaris ke sebuah peternakan unggas pada 15 April 2008, di Pyeongtaek, 70 kilometer selatan Seoul, di mana ditemukan banyak kes flu burung. (Foto: Dokumentasi)
 
SEOUL   — Hampir 20 juta ekor itik dan ayam telah dimusnahkan di Korea Selatan akibat terjangkit flu burung (Avian Influenza/AI) yang menular dan menyebar dengan cepat di seluruh negeri.
Kantor berita Yonhap, Selasa (20/12/2016), merujuk data Kementerian Urusan Pertanian, Makanan, dan Perdesaan, melaporkan, unggas yang dimusnahkan kerana tertular AI hingga Isnin (19/12/2016) sebanyak 19.11 juta ekor.

Kes pertama dilaporkan di satu peternakan di Daerah Haenam, Provinsi Jeolla Selatan, wilayah di bahagian barat daya negeri itu, 16 November lalu.
Sudah 600,000 ekor ayam dan itik disembelih setiap hari selama satu bulan kebelakangan ini. Jumlahnya diperkirakan bertambah lagi dalam waktu dekat, demikian dilaporkan Xinhua.
Virus H5N6 menyebar dengan sangat cepat sehingga 204 peternakan di seluruh negeri tersebut disahkan sebagai daerah yang terinfeksi.

Itu menandai penularan terburuk dan paling cepat sejak 19.37 juta ekor unggas dimusnahkan selama 669 hari antara 2014 dan 2015 akibat wabak virus H5N8.
Kementerian Pertanian tersebut telah menaikkan tingkat krisis flu burung ke posisi tertinggi dalam sistem empat tingkat di negeri tersebut.

Harga telur telah melonjak belum lama ini kerana 17.8 peratus dari semua ayam petelur, atau 12.44 juta ekor ayam, telah dimusnahkan kerana penularan virus H5N6. Harga telur naik 11 peratus dalam satu minggu kebelakangan.
Sumber:KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment