Wednesday, December 14, 2016

Tak boleh lengah lagi, cari pengganti Anwar, kata penganalisis

FMT | December 14, 2016
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sekali lagi menunjukkan Pakatan Harapan perlu segera mencari pemimpin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof-Faisal-Hazis-1
PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunjukkan betapa pentingnya Pakatan Harapan (PH) mencari pemimpin untuk menggantikan bekas ketua pembangkang itu, kata penganalisis.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Faisal Hazis berkata pembangkang tiada pilihan lain lagi memandangkan Anwar tidak akan dibebaskan dalam masa terdekat untuk memimpin mereka.

Beliau berkata pembangkang berdepan pelbagai masalah sejak Anwar dipenjarakan pada Februari 2015, dengan paling utama ialah dengan berkuburnya Pakatan Rakyat.
“Ini menunjukkan betapa pentingnya kepimpinan. Kejayaan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013 bukannya Anwar semata-mata, tetapi kepimpinan yang dimainkan dengan baik oleh beliau.

“Kini Anwar tiada lagi untuk melakukannya, maka perlu ada seorang pemimpin untuk mengisi kekosongan itu. Jika tiada yang berkebolehan, pembangkang perlu ‘mencipta’ pemimpin itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk mengetepikan keputusan sabitan terhadap kes liwatnya menandakan berakhirnya jalan perundangan bagi pembebasan ketua umum PKR itu.
Semalam, isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya mungkin akan cuba mendapatkan pengampunan diraja jika keputusan hari ini tidak memihak kepada mereka, tetapi perlu berbincang dengan Anwar dulu.

Faisal berkata antara pemimpin yang dilihat mampu meneruskan peranan Anwar ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Dengan syarat beliau mendapat sokongan partinya sendiri, tetapi PKR pula bergelut dengan isu kepuakan dalam parti,” katanya yang juga felo kanan di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM.

Walaupun PAS sudah sejak sekian lama membawa isu hudud dan DAP pula diketahui menentangnya, Anwar diakui sebagai faktor utama yang membolehkan kedua-dua parti itu duduk semeja, dan bersama PKR buat kali pertama menafikan majoriti 2/3 BN pada PRU 2008.

Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat dilihat masih gagal mengembalikan kekuatan dulu, dengan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebagai petunjuk utama.

Namun Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman tidak melihat Pakatan Harapan akan melantik pemimpin itu dalam masa terdekat.

“Saya tidak fikir Pakatan akan buat keputusan (tentang pengganti Anwar). Kenyataan DAP yang Anwar tetap calon perdana menteri dan Rafizi Ramli, Pakatan perlu menang PRU untuk membebaskan Anwar membuktikannya,” katanya.

Malah, katanya keputusan hari ini akan meningkatkan tekad Pakatan Harapan untuk menang dalam PRU akan datang dan seterusnya membebaskan Anwar.
“Tiada siapa dapat menjangka apa akan berlaku kerana politik boleh berubah dengan cepat. Tiada siapa menjangka Anwar akan dibebaskan ketika dipenjara pada kali pertama dulu, tapi Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri pada 2003 dan Anwar bebas setahun kemudian,” katanya.

1 comment:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu .saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: : (((_082 313 669 888_)))atau silahkan dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: (((_082 313 669 888_)))>
    KLIK DISINI

    ReplyDelete