Monday, January 23, 2017

Forest City: Khaled nafi beli rumah, dapat kerakyatan

 | January 23, 2017
MB Johor itu menyelar dakwaan Dr Mahathir yang seolah-olah mempertikaikan dasar kerakyatan negara.
khaled-mahathirBATU PAHAT: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembangunan Forest City umpama mempertikai dasar kerakyatan negara ini.
Ini kerana kata Khaled, kerakyatan negara ini tidak boleh diperoleh dengan sekadar membeli apartmen.

“Itu seperti mempertikaikan dasar imigresen negara, dasar kerakyatan…takkan mereka beli apartmen boleh dapat kerakyatan, itu pembohongan semata-mata untuk takutkan orang Johor,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Parit Sulong di sini, hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa seramai 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu dan diberi kewarganegaraan.
Khaled berkata projek Forest City yang membabitkan kos AS$100 bilion itu bukan milik syarikat China sepenuhnya kerana mempunyai pegangan tempatan sebanyak 42%.

“Keluasan pembangunan Forest City yang menggunakan tanah yang kita tambak hanyalah sebanyak 0.01% daripada keluasan negeri Johor,” katanya.
Beliau juga berkata projek mega tersebut penting bagi membolehkan Johor terus membangun dan mampu bersaing dengan Singapura.

“Takkan Johor hendak jadi halaman belakang Singapura sampai bila-bila, jadi kita perlu pelaburan yang besar, jadi dengan pelaburan itu ia akan membuka peluang Johor untuk menjadi pusat perdagangan, kewangan, perniagaan dan sebagainya,” kata Khaled.

Beliau berkata projek berkenaan juga tidak tertumpu kepada pasaran China semata-mata tetapi seluruh dunia
FMT

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete