Sinar Harian
GUANGDONG - CHINA. Polis terpaksa menjadi kaunselor selepas terpaksa
memujuk seorang lelaki 27 tahun yang mabuk kerana tertekan dengan ibu
bapanya yang telah mencari calon isteri untuknya, lapor media tempatan.
Li yang bekerja di Dongguan, wilayah Guangdong menjadi semakin tertekan
selepas, ibu bapanya telah merancang beberapa siri temu janji untuk
mencari isteri sebaik tiba dirumah untuk perayaan Tahun Baharu China
Sabtu ini, lapor GDTV.
Video yang ditayangkan stesen TV menunjukkan Li yang berada dalam
keadaan mabuk dan menagis sebaik didekati penjaga pintu di stesen kereta
api Dongguan East.
Dia yang berjalan terhuyung hayang dibawa ke balai polis berdekatan.
"Ketika berumur 27 tahun, saya mempunyai teman wanita tetapi dia meninggalkan saya," katanya
Sejak itu, lelaki itu berdepan tekanan daripada ibu bapanya yang
mengesanya untuk berkahwin menyebabkan dia bertindak minum minuman keras
sebelum menaiki kereta api pulang ke kampung halamannya.
Li dipetik sebagai berkata, dia sedih dengan tindakan ibu bapanya yang
telah mengatur temujanji sepanjang cuti perayaan ini kerana dia mahu
mencari sendiri calon isterinya berbanding berkahwin melalui aturan
keluarga.
Li tetap menaiki kereta api pulang pada jam 11 malam pada hari yang
sama selepas ditenangkan dan diberi minuman panas oleh polis.
No comments:
Post a Comment