Tuesday, February 21, 2017

Penjaga gol pusing belakang ketika penalti

Tidak puas hati pada keputusan pengadil perkara biasa.
Tetapi satu pasukan bola sepak liga utama Vietnam, Long An, mempunyai cara unik membantah, dengan mengalahkan diri sendiri.

Setelah penyerang pasukan lawan Ho Chi Minh City diberikan sepakan penalti pada minit ke-35, penjaga gol Long An, Nguyen Minh Nhu, berpaling membelakangkan bola.

Apakah bola masuk ke gawang? Sudah pasti.
Bagaimanapun, tidak berakhir begitu saya, Long An terus menunjukkan aksi protes dengan membiarkan sahaja pasukan lawan menjaringkan dua lagi gol kemenangan.
Bayangkan penyerang lawan hanya dibiarkan membawa bola tanpa dihalang.

Malah, tiba di kotak penalti, penjaga Long An hanya berjalan keluar memberikan tendangan mudah kepada Ho Chi Minh City.
Long An kalah 2-5.

Seorang pengguna Youtube memuat naik rakaman aksi-aksi perlawanan liga utama Vietnam itu dengan menyindirnya sebagai "stand up comedy soccer" (komedi solo bola sepak).
Sumber: Youtube/Malaysiakini

No comments:

Post a Comment