Thursday, February 23, 2017

Pesara ditetak kerana bakar kertas nombor ekor

Sinar Harian
Pesara ditetak kerana bakar kertas nombor ekor
KOTA BHARU - Seorang pesara polis cedera parah ditetak di kepala gara-gara didakwa berkomplot dengan bomoh membakar kertas nombor ekor yang menang di tempat kedua.

Mangsa yang berusia 61 tahun diserang sekumpulan empat lelaki di pagar rumahnya ketika mahu keluar menunaikan solat Subuh di masjid berhampiran pada jam 6 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kejadian berlaku di Kampung Serendah Chetok, Pasir Mas, pada 20 Januari lalu, bagaimanapun laporan polis hanya dibuat oleh mangsa baru-baru ini sebaik sahaja tahap kesihatannya stabil.

“Berdasarkan keterangan mangsa, beberapa tahun lalu, mangsa yang ketika itu bertugas di negara jiran pernah mengajak suspek berjumpa dengan seorang bomoh dari Indonesia untuk mendapatkan ramalan nombor ekor.
“Suspek yang mengikut mangsa berjumpa dengan bomoh,  kemudian membeli nombor seperti yang diramalkan bomoh terbabit serta berjaya menang hadiah di tempat kedua,” katanya.

Beliau berkata, belum sempat suspek menebus hadiah tersebut, malangnya tiket loteri yang berada bersama suspek secara tiba-tiba hangus terbakar.
“Suspek yang terkejut dengan kejadian itu kemudian menuduh mangsa yang melakukan perkara itu (membakar tiket loteri) terbabit dengan bantuan bomoh yang pernah mereka jumpa.

“Suspek menyimpan dendam sehingga ke saat ini dan akhirnya melunaskan dendam itu dengan menetak mangsa sehingga mendapat kecederaan parah pada bahagian kepala, bagaimanapun dua suspek sudah berjaya ditangkap,” katanya.

No comments:

Post a Comment