Wednesday, February 22, 2017

Petronas meterai kontrak dengan konsortium China

 | February 21, 2017
Petronas meterai kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian loji HDPE fleksibel di Kompleks Bersepadu Pengerang
petronas_side_cina_600
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bagi loji politilena berketumpatan tinggi (HDPE) fleksibel di Kompleks Bersepadu Pengerang.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, ia menandatangani kontrak itu dengan konsortium China terdiri daripada Tecnimont S.p.A, China Huanqiu Contracting and Engineering Co Ltd, TecnimontHQC S.c.a.r.l dan TecnimontHQC Sdn Bhd.

“Konsortium itu menerima surat pelantikan daripada PRPC Polymers Sdn Bhd, anak syarikat Petronas Chemicals Group pada 10 Nov, 2016,” menurut Petronas.
Loji itu akan siap sepenuhnya dan sedia untuk memulakan operasi pada Mei 2019, menurut syarikat tersebut.

Naib Presiden Kanan Petronas dan Pengarah PRPC Polymer, Dr Colin Wong Hee Huing berkata: “pemeteraian kontrak itu mengesahkan petrokimia kekal sebagai komponen penting bagi pertumbuhan perniagaan Petronas, seiring dengan hasrat kami menjadi penggiat serantau utama dengan menyediakan portfolio produk dan penyelesaian petrokimia”.

Loji HDPE fleksibel itu merupakan yang pertama seumpamanya bagi Petronas dan di Malaysia, menggunakan teknologi sluri Hostalen Advanced Cascade Process (Hostalen ACP) bagi HDPE pelbagai mod, dilesenkan oleh Lyondellbasell.

Loji itu, dengan kapasiti 400,000 tan setahun, akan mengeluarkan rangkaian produk HDPE pelbagai mod, dan akan melengkapkan portfolio politilena Petronas sebaik sahaja ia siap.

HDPE fleksibel, dihasilkan dalam bentuk palet, membolehkan pengeluaran buatan khusus polimer yang mempunyai berat molekul sangat tinggi untuk produk akhir seperti paip tekanan air minuman, gas, bagi tujuan industri dan am, serta bekas dan botol kegunaan isi rumah
FMT

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete