Thursday, February 9, 2017

Utusan bela Hadi dan PAS, anggap PKR terkubur tanpanya

 | February 9, 2017
Penulisan pengarangnya mengulangi hujah biasa pimpinan semasa PAS kini, yang yakin parti Islam itu masih kuat tanpa PKR dan DAP.
hadi-utusan-pas
PETALING JAYA: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia semalam mempertahankan hujah PAS yang ia tidak mengharapkan parti lain seperti DAP dan PKR untuk menang undi, sebaliknya mempunyai kekuatan sendiri.

Pengarang Utusan Malaysia Zulkifli Jalil turut menganggap PKR “bakal terkubur” jika ia meminggirkan PAS, dengan mendakwa parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu tidak mempunyai kekuatan di kawasan yang didominasi satu kaum.

“Kalau diamati pencapaian pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13, DAP dan PKR telah lama mendapat ‘hasil masyhulnya’ daripada pakatan rakyat yang dijana dengan PAS,” tulis Zulkifli.

Menurutnya, prestasi PKR sejak pilihan raya umum 1999 hingga 2013 menunjukkan ia gagal mendominasi kawasan yang mempunyai satu kaum, sebaliknya memanfaatan kekuatan pakatannya dengan DAP dan PAS di kawasan campuran.

“Pada 1999, satu-satunya kerusi parlimen dimenangi PKR yang mempunyai kurang daripada 70% pengundi Melayu adalah Permatang Pauh (67% Melayu),” tambahnya, merujuk kubu kuat PKR, kerusi yang pernah disandang sekian lama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Satu-satunya kerusi negeri dimenangi PKR yang mempunyai kurang dari 70% pengundi Melayu adalah Penanti (68% Melayu) yang terletak dalam parlimen Permatang Pauh. Di Penanti, semua maklum ramainya penyokong PAS di situ.”
Akhbar itu berkata atas kesedaran kekuatan PAS itulah, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong penuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkerjasama dengan PAS.

Katanya, sokongan yang diberikan Azmin supaya PAS dan PPBM bekerjasama bukannya mudah memandangkan PPBM dan PKR sekutu kuat DAP dalam Pakatan Harapan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan membiarkan PAS “jatuh dua kali dalam lubang sama”.

Menurut Utusan, DAP perlu sedar, tanpa PAS mereka tidak akan berjaya meraih undi Melayu.
“Sebelum DAP dan PKR berada dalam kedudukan kuat sekarang, PAS terlebih dahulu dominan.

“Dalam pilihan raya umum 1999, PAS muncul pemenang terbesar dalam pakatan dikenali Barisan Alternatif apabila berjaya memenangi 27 kerusi parlimen, 98 kerusi negeri dan membentuk kerajaan negeri Terengganu selain Kelantan.
“DAP waktu itu berdepan kekecewaan besar apabila hanya meraih 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR pula yang baru muncul, memenangi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN.”

Sebaliknya, Zulkifli mendakwa DAP memenangi 38 kerusi Parlimen kerana kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.
“Ini termasuk 16 kerusi parlimen di Semenanjung yang mempu­nyai kurang dari 60% pengundi Cina (9 daripadanya mempunyai kurang dari 50% pengundi Cina). Dan memenangi 44 kerusi DUN yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina (15 daripadanya mempunyai kurang dari 50% pengundi Cina),” katanya.

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete