Monday, March 13, 2017

Amanah tidak akan rampas kerusi kawan

Sinar Harian
Salahuddin
Salahuddin. Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - PKR tidak perlu bimbang tentang kerusi menjelang PRU14 kerana Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan ambil kerusi milik rakannya itu dalam pilihan raya nanti.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak akan mengambil kesempatan ke atas masalah yang dihadapi rakan parti yang lain.
"Amanah tidak akan ‘caras’ kerusi kawan. Kami tidak akan ambil kesempatan di atas penderitaan pihak lain. Itu janji saya," kata Salahuddin kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan beberapa pemimpin PKR tidak dapat bertanding pada PRU14 selepas kebanyakan daripada mereka  dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai dakwaan.
Ini berikutan beberapa pemimpin PKR dikhuatiri tidak dapat bertanding PRU14 akan datang selepas kebanyakan daripada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai dakwaan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, terdapat lebih 20 orang pimpinan PKR yang hampir kesemua mereka dituduh di bawah Akta Hasutan atau Akta Perhimpunan Aman.

Menurut Salahuddin lagi, perbincangan tentang kerusi dengan PKR akan dilakukan secara berhemah dan beradab.
"Kalau mahu ambil pendekatan pun kita akan bincang dengan lebih berhemah dan beradab. Bukan dengan cara merampas kerusi mereka," katanya lagi

No comments:

Post a Comment