Sunday, March 19, 2017

Mengapa dua pembida anggap Proton berharga?

Proton
Proton
KUALA LUMPUR - Dua syarikat kereta besar yang beroperasi secara global sedang berlumba-lumba untuk membida saham majoriti dalam Proton dengan kedua-duanya menawarkan banyak tawaran menarik untuk menawan hati pembuat kereta Malaysia itu.

Ini agak pelik bagi rakyat Malaysia yang biasa mendengar certia tentang kerugian yang dialami Proton Holdings Berhad, tetapi bagi para pembida ini, Proton merupakan syarikat pengeluar kereta yang amat berharga dalam konteks global, demikian menurut para analisis.

Dua pembida antarabangsa Proton -- Zhejiang Geely Holdings Group daripada China dan PSA Group daripada Perancis -- melihatnya dari sudut lain dan menganggap ia sebagai strategi yang sesuai dalam rancangan global yang lebih besar untuk dominasi industri automotif yang sedang dimainkan di seluruh global oleh pemain automotif utama.

Proton juga penting kepada mereka dalam merealisasi strategi yang telah Proton labuhkan dalam jejak automotif pelbagai benua di Asia, kata penganalisis tersebut yang biasa dengan suasana berkenaan.

Dan sebab untuk ini adalah mudah, Buat Permulaan, Proton sehingga kini kekal sebagai satu-satunya pembuat kereta Asean yang melakukan kajian dan pembangunan, rekacipta, pengeluaran, pengedaran dan penjualan kereta.
Tiada negara lain dalam kalangan 10 negara anggota Asean yang mempunyai pengeluar penuh kereta buatan sendiri.

Ini menjadikan Proton itu sendiri unik kerana Asean sedang muncul sebagai pasaran yang kuat dengan mempunyai 600 juta orang penduduk beserta pendapatan yang semakin meningkat untuk menarik mereka ke bilik-bilik pameran bagi membeli kereta pertama mereka.

Proton adalah strategik dalam pelbagai cara -- pertama merupakan satu-satunya pengeluar kereta di Asean dan kedua, operasinya boleh segera diserapkan kepada pemain global yang lebih besar seperti Geely dan PSA, sementara yang ketiga, ia terletak di tengah-tengah Asia selaku wilayah ekonomi dunia yang sedang pesat membangun.

Kilang pemasangan Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim mempunyai kapasti pengeluaran sehingga 400,000 kereta setahun.

Pemain automotif asing yang besar menyedari Proton merupakan ekosistem dan infrastruktur automotif sedia wujud. Ia hanya perlu 'dicucuk dan dimainkan' bagi mana-mana pemain automotif yang mahu berkembang ke wilayah Asean.
Ya, pernah dibahaskan bahawa sama ada Geely atau PSA boleh dengan mudah memulakan 'operasi greenfield' yang baharu, contohnya di Indonesia yang mempunyai tenaga kerja yang banyak, tanah dan populasi domestik seramai 250 juta.

Para penganalisis berhujah bahawa perkiraan dalam melakukan operasi pengeluaran kereta greenfield boleh mencecah US$2 bilion dan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun untuk siap.
Keseluruhan ribuan tenaga kerja juga perlu dilatih dari peringkat awal dan membangunkan ekosistem vendor yang belum wujud, dengan senarai yang perlu dilakukan adalah berpanjangan.

Pilihan greenfield ini sebenarnya dicetuskan oleh PSA sebagai pilihan pertamanya untuk mewujudkan jejak langkah pengeluran di Asia, sehingga Proton datang untuk mencari Rakan Strategik Asing. Ia merupakan titik mula apabila PSA mengambil keputusan untuk memfokus kepada Proton, pengeluar kereta yang mempunyai 30 tahun pengalaman yang ekosistem vendornya memanjang dari A hingga Z dalam pengeluaran kereta.

Laluan Proton lebih disukai oleh PSA yang menyifatkan tindakan itu sebagai cara lebih jelas 'untuk mengelak kesilapan orang baru' apabila memasuki Asean.
PSA patut mengetahuinya. Lagipun dengan pembeliannya ke atas Vauxhall di United Kingdom dan Opel di Jerman daripada General Motors bulan ini, ia telah menjadi pengeluar kereta kedua terbesar Eropah.

Namun pertumbuhan di Eropah adalah antara perlahan dan lembab, sementara Asia adalah pantas dan cergas dan di Asialah yang PSA kekurangan kemudahan pengeluaran automotif sepenuhnya.
"Jika PSA sebagai pengantin lelaki berjaya memikat pengantin perempuan Proton, maka jenama Malaysia tersebut akan menyertai jenama global seperti Peugeot, Citroen, DS Automobiles, Vauxhall dan Opel," tambah para penganalisis.

Pemain kereta lain yang sedang memikat Proton ialah Geely, prodigi dalam industri automotif yang menghasilkan kereta pertama dalam tahun 1998 dan dengan langkah berani memiliki Volvo daripada Sweden yang sedang tenat daripada Ford pada 2010 dan dalam tempoh masa yang amat singkat menukar jenama tersebut menjadi pesaing global yang sihat.

Geely juga membeli pembuat teksi British, The London Taxi Company.
Menerusi Volvo, Geely memiliki jenama global yang mantap tetapi tidak memiliki kemudahan pengeluaran di dalam Asean menjadikannya kuat di China tetapi lemah di Asean yang sedang pesat membangun. Maka Proton boleh mengisi jurang ini.

Penganalisis RHB Research, Alexander Chia baru-baru berkata ini apa yang Proton perlukan ialah rakan strategik asing yang boleh membantunya dengan pembangunan model baharu, pemindahan teknologi, pengurusan kos pembangunan,
pelaksanaan proses pengeluaran yang lebih berbaloi, penembusan pasaran baharu dan memulihkan jenama Proton.

"Produk Proton secara tipikal mempunyai kitaran hayat yang panjang ekoran kekurangan skala ekonomi yang memerlukan masa lebih lama untuk unit yang diperlukan dijual bagi mencukupi untuk melunaskan kos pembangunan," katanya.
Dengan Rakan Strategik Asing, gambaran masa depan Proton akan hampir tidak dikenali.

Dalam tempoh tiga tahun, para penganalisis menjangka Proton akan muncul dengan model baharu yang banyak menerusi perkongsian teknologi dan platform selain keseluruhan barisan baharu SUV yang tidak wujud ketika ini.

Para penganalisis turut berpendapat dalam tempoh tiga tahun, Proton akan menjadi jenama Asean yang sebenar dengan jualan sekitar 300,000 atau tiga kali ganda daripada jumlah semasa dan dalam tempoh lima tahun, angka itu akan meningkat kepada 500,000 kerana Proton mengeksport keretanya di luar Asean ke dalam Asia yang lebih besar.

Dan menjelang 2020, Tanjung Malim akan muncul sebagai hab automotif utama dengan populasinya bertambah untuk menempatkan ribuan pekerja baharu yang perlu diambil bekerja bagi mengeluarkan tiga kali dan kemudian lima kali ganda daripada jumlah yang Proton keluarkan ketika ini.

Tidak syak lagi DRB-Hicom Berhad akan menerima ganjaran kerana membeli Proton pada 2012, mengharungi seketika beberapa tempoh masa yang sukar dan akhirnya melihat Proton 'berkahwin' dengan pelamar antarabangsa.
DRB adalah betul selama ini bahawa Proton adalah syarikat Malaysia yang bernilai dan kini dua syarikat antarabangsa telah mengesahkan perkara itu dengan mempertaruh dollar mereka untuk menjadi rakan Proton dan mengembangkannya kepada jenama global.

Dalam tempoh tiga tahun, melihat kembali pada tahun 2017, ia akan menjadi jelas perkongsian bagi Proton dengan pemain global telah meletakkannya dalam laluan betul kepada kejayaan antarabangsa, berlawanan untuk sekadar mengekal milik penuh Malaysia dalam pasaran tempatan. - Bernama

1 comment:

  1. Ini semua kerana pemikiran stategik TDM, kalau si najib? Fikiran stategik ialah bagaimana nak curi duit

    ReplyDelete