Tuesday, March 21, 2017

MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355

 | March 20, 2017
Presiden MIC berkata perdana menteri hanya memaklumkan yang beliau akan berjumpa dengan semua parti komponen BN sekali lagi berhubung usul pindaan dibawa presiden PAS itu.
subramaniam
KUALA LUMPUR : MIC hari ini berkata parti itu masih “tidak diberi maklumat” mengenai kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 pada sidang Parlimen kali ini, bagi mendapatkan kelulusan.

Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada memaklumkan yang beliau akan berjumpa dengan semua parti komponen BN sekali lagi berhubung usul pindaan yang dibawa presiden PAS itu.
“Kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu (kerajaan akan bentangkan RUU 355), kita tidak diberi maklumat sampai sekarang.

“Perdana menteri beritahu akan berjumpa parti komponen sekali lagi. Jadi kita tunggulah sampai perjumpaan itu dan selepas itu kita tahu apa yang dicadangkan dan apa pendirian kita selepas ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

MIC sebelum ini menyatakan pendirian menolak cadangan RUU yang dikenali sebagai RUU 355 itu.
Pada 17 Mac Zahid berkata kerajaan akan membentangkan sendiri RUU 355 dalam sidang Parlimen kali ini bagi mendapatkan kelulusan.

Beliau berkata Najib komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut yang menjadi harapan umat Islam tanpa mengganggu-gugat kepentingan agama serta kaum lain.
Subramaniam yang juga menteri kesihatan berkata MIC akan mengadakan perjumpaan dengan Najib pada minggu ini.
FMT

No comments:

Post a Comment