Mufti Wilayah Persekutuan berkata lelaki dan wanita
tanpa ikatan kekeluargaan dibolehkan berkongsi kenderaan dengan beberapa
syarat.
PETALING JAYA: Berkongsi kereta melalui khidmat Grab dan Uber
melibatkan bukan muhrim masih boleh dikategorikan khalwat, kata Mufti
Wilayah Persekutuan, tetapi berkata ia dibolehkan dengan syarat
penumpang duduk diam di bahagian belakang kenderaan sekiranya mendapati
pemandu berlainan jantina.
Menjawab soalan mengenai hukum lelaki dan wanita menggunakan
perkhidmatan kongsi kenderaan itu, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
berkata syarat lain yang perlu dipatuhi ialah laluan yang digunakan
“tidak sunyi”.
“Pemandu melalui jalan yang tidak sunyi agar terlindung dari sebarang
fitnah,” katanya dalam penulisan di laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan.
Beliau memberikan beberapa dalil mengenai definisi khalwat, istilah Arab yang membawa maksud bersendirian atau berasingan.
“Maka berdasarkan beberapa dalil yang kami kongsikan di atas,
dapatlah kita fahami bahawa berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan
yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang haram lagi ditegah.
“Ini sama ada khalwat itu berlaku di taman-taman bunga, taman tasik,
di dalam bilik atau hotel, dan begitulah juga di dalam kenderaan seperti
teksi, Uber, atau GrabCar,” katanya.
Beliau mengesyorkan pengguna khidmat Uber dan Grab berusaha mengelak
daripada berkongsi kenderaan dengan bukan muhrim, dengan membatalkan
tempahan selepas memeriksa butiran diri pemandu atau penumpang yang
dipaparkan aplikasi berkenaan.
Bagaimanapun, Zulkifli mengakui perbuatan kerap membatalkan tempahan
akan menyebabkan penggantungan akaun dan memberi kesan buruk terhadap
pendapatan.
Menurutnya, kebenaran bukan muhrim untuk berada dalam kenderaan sama
adalah atas dasar “darurat”, iaitu disebabkan keperluan yang tidak dapat
dielakkan.
“Dengan syarat penumpang itu duduk di bahagian belakang kenderaan, tidak berbual melainkan sekadar yang perlu sahaja.
No comments:
Post a Comment